Cuma 2 baris sahaja diperlukan untuk menjadikan komputer anda sebagai pelayan ntp. Contoh kali ini menumpukan kepada penyediaan pelayan ntp tempatan. Pastikan pada pelayan dan pelanggan telah dipasang pakej ntp
aptitude install ntp
Pada /etc/ntp.conf pelayan (server) tambah 2 baris berikut
restrict 192.168.56.0 mask 255.255.255.0 nomodify notrap
# supaya pengguna tempatan boleh meneliti pelayan ini
broadcast 192.168.56.255
# siarkan ke rangkaian tempatan
Matikan servis ntpd terlebih dahulu
/etc/init.d/ntpd stop
Pastikan telah tersambung ke internet, kemudian selaraskan masa sistem
ntpdate-debian
Mulakan servis ntpd
/etc/init.d/ntpd start
Pada pelanggan /etc/ntp.conf (client), cuma sebaris ini yang diperlukan
broadcastclient
# untuk menyiarkan diri sebagai pelanggan pada rangkaian tempatan
Selaraskan masa dengan pelayan ntp tempatan tadi
ntpdate -u 192.168.56.1
Dipetik dari http://www.linuxhomenetworking.com/wiki/index.php/Quick_HOWTO_:_Ch24_:_The_NTP_Server. Telah diuji.