Categories
linux perkakasan

Peranti tidak dapat dikesan pada sistem RHEL 3?

Tadi lepas pulihkan semula klon imej pelayab mel RHEL 3, tiba-tiba tiada kad rangkaian dikesan apabila menaip
# ifconfig -a

Pelik! Teringat pula buku teks RHCE yang telah dibaca hampir 2 tahun lalu yang ada memperihalkan mengenai kudzu. Program ini boleh mengesan dan mengkonfigurasikan peranti pada komputer dan juga vm anda.

Apa lagi, saya pun taip
# kudzu

dan pilih “Configure” untuk membolehkan peranti rangkaian saya dikesan oleh sistem.

Program kudzu ini telah digantikan dengan HAL semenjak Fedora 9 (RHEL 4?).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *