Categories
Pelbagai

Set semula kata laluan pengguna root MySQL

Katakan anda telah terlupa kata laluan sebagai pengguna root atau pengurus sistem pengkalan data anda telah berhenti kerja tanpa sebarang berita. dan anda perlu membina sebuah pengkalan data untuk pemasangan Drupal sebagai aplikasi web syarikat.

Matikan dahulu servis mysql-server

/etc/init.d/mysql stop

Mulakan servis tersebut dalam “safe-mode” dan langkau pengesahan

mysqld_safe --skip-grant-tables

log masuk ke konsol mysql

mysql

Masa untuk set semula kata laluan root ke abcd1234 (contoh sahaja) !

[code=’sql’]use mysql;
update user set Password=PASSWORD(‘abcd1234′) WHERE User=’root’;
flush privileges;[/code]

Keluar dari konsol mysql

\q

Matikan dan mulakan semula servis mysql-server

/etc/init.d/mysql stop
/etc/init.d/mysql start

Sekarang cuba log masuk ke pelayan mysql sebagai pengguna root

mysql -u root -p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *