Categories
perisian

Pasang GNOME dari CDROM Debian

Mungkin anda ingin memasang GNOME tetapi tidak mempunyai talian internet. Tidak perlu memasang semula Debian untuk mendapatkan GNOME, gunakan sahaja apt-cdrom.

  1. Masukkan CD pemasangan Debian ke dalam tirai pemacu CD
  2. Mount CD tersebut
    mount -t iso9660 /dev/cdrom /mnt
  3. Jadikan CD tadi sebagai repo
    apt-cdrom add /mnt
  4. Letakkan tanda # pada hadapan baris repo yang lain di dalam /etc/apt/sources.list supaya apt tidak cuba mendapatkan pakej dari internet
  5. Pasang GNOME
    aptitude update
    tasksel install gnome-desktop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *