Categories
pengaturcaraan

Pasang ruby dan rails pada Windows 8

  1. Pergi ke http://rubyinstaller.org/downloads/
  2. Muaturun RubyInstaller (cth: Ruby 2.0.0-p247)
  3. Muaturun Development Kit (cth: DevKit-tdm-32-4.5.2-20111229-1559-sfx.exe)
  4. Pasang RubyInstaller
  5. Pasang Development Kit
  6. Tekan kekunci windows, taip cmd & pilih “start command prompt with ruby”
  7. cd ke direktori ektrak Development Kit sebentar tadi, cth: C:\devkit
  8. Taip pada cmd tadi:
    cd c:\devkit
    ruby dk.rb init
    ruby dk.rb install
    gem install rails -r
Categories
pengaturcaraan

Pasang Ruby on Rails pada Debian Wheezy

  1. Sebagai superuser, taip arahan berikut pada terminal
    apt-get install ruby1.9.3 rbenv rails
  2. Sebagai normal user, taip arahan berikut
    rbenv init
    echo 'eval "$(rbenv init -)"' >> ~/.bash_profile
  3. *Terdapat cara lain untuk memasang RoR (rvm & gem) tetapi ini adalah cara yang disokong pada Debian.

  4. Kalau nak pasang guna rvm:

    Sebagai superuser, taip arahan berikut pada terminal
    apt-get install curl
    apt-get --no-install-recommends install build-essential openssl libreadline6 libreadline6-dev curl git-core zlib1g zlib1g-dev libssl-dev libyaml-dev libsqlite3-dev sqlite3 libxml2-dev libxslt-dev autoconf libc6-dev libgdbm-dev ncurses-dev automake libtool bison subversion pkg-config libffi-dev

  5. Sebagai normal user
    curl -L https://get.rvm.io | bash -s stable
    source ~/.rvm/scripts/rvm
    rvm requirements
    rvm install 1.9.3
    gem install rails
Categories
internet linux

Firefox yang menyokong HTML 5 untuk Debian Lenny

Pengguna Debian Lenny masih boleh mendapatkan web browser yang menyokong HTML5 dengan menggunakan Firefox versi 3.5
Dapatkan dari http://ftp.mozilla.org/pub/mozilla.org/firefox/releases/3.5/

Plugin Adobe Flash (flashplugin-nonfree) boleh didapatkan dari http://archive.debian.org/debian-backports/

Categories
linux

Reboot Sebelum Masuk ke CentOS 5

Kriteria:
pasang CentOS 5 menggunakan pemasangan USB (unetbootin)

Jika anda mengalami peristiwa dimana:

  • laptop boot semula ke BIOS semasa cuba boot ke CentOS 5
  • jika USB pemasangan yang digunakan dicucuk semula ke port USB, berjaya boot masuk ke CentOS 5
  1. Boot ke mod rescue (tambah “rescue” pada boot parameter USB pemasangan)
  2. Edit /mnt/sysimage/boot/grub/grub.cfg, kemudian tukar root(hd1,0) ke root(hd0,0)
  3. Simpan/save dan reboot
  4. Jangan lupa cabutkan USB tadi.
Categories
linux

Debian Lenny Pada Thinkpad T43

Sebab:
Versi Debian Squeeze dan seterusnya tidak mengandungi pemacu Catalyst/fglrx yang menyokong X11 pada versi-versi tersebut

Pasang Debian Lenny pada laptop T43 tanpa sambungan internet
Setelah siap pemasangan, mulakan semula dan pilih recovery mode
Sambungkan laptop ke internet (sambungan kabel)
su -
dhclient eth0

Pastikan kandungan /etc/apt/sources.list adalah seperti berikut
[code lang=’plain’]deb http://archive.debian.org/debian-security lenny/updates main contrib
deb http://archive.debian.org/debian-volatile lenny/volatile main contrib
deb http://archive.debian.org/debian/ lenny main contrib non-free
deb http://archive.debian.org/debian-security lenny/updates main contrib
deb http://archive.debian.org/debian-volatile lenny/volatile main contrib[/code]

Pastikan juga kandungan /etc/resolv.conf seperti dibawah kerana DNS server streamyx/TM block domain debian.org atas sebab-sebab yang tidak diketahui
[code lang=’plain’]nameserver 8.8.8.8
nameserver 8.8.4.4[/code]

Kemaskini perisian
apt-get update
apt-get install debian-archive-keyring
apt-get -y upgrade

Tukar seksyen Device pada xorg.conf ke seperti berikut
[code lang=’plain’]Section “Device”
Identifier “Configured Video Device”
Driver “vesa”
EndSection[/code]

Jika anda mahukan pemacu/driver untuk peranti Radeon Mobility X300
aptitude -r install linux-headers-2.6-$(uname -r|sed 's,[^-]*-[^-]*-,,') fglrx-driver
aticonfig --initial

Mulakan semula laptop
reboot

Categories
linux

dpkg: error: requested operation requires superuser privilege

Mungkin anda pernah terjumpa mesej seperti berikut semasa menggunakan terminal

dpkg: error: requested operation requires superuser privilege

Ini adalah disebabkan dpkg memerlukan akses sebagai superuser

Caranya, taip arahan dibawah, kemudian tekan kekunci Enter, masukkan kata laluan untuk pengguna root (superuser) dan sekali lagi tekan kekunci Enter
su -

Categories
internet linux perisian

Pasang Firefox/Iceweasel terbaharu pada Debian Wheezy

Edit /etc/apt/sources.list, tambah baris berikut
deb http://mozilla.debian.net/ wheezy-backports iceweasel-release

Muaturun dan pasang pkg-mozilla-archive-keyring
wget http://mozilla.debian.net/pkg-mozilla-archive-keyring_1.1_all.deb
dpkg -i pkg-mozilla-archive-keyring_1.1_all.deb

Pasang Firefox/Iceweasel terbaharu
apt-get update
apt-get install -t wheezy-backports iceweasel