Berikut adalah skrip Bash yang menunjukkan cara pengiraan bilangan ulangtahun kemerdekaan negara kita:
#!/bin/bash merdeka=1957 tahun_ini=$(date +%G) echo Negara kita telah merdeka selama $[$tahun_ini-$merdeka] tahun.
Penerangan skrip:
Baris pertama: untuk memudahkan skrip dijalankan dengan Bash setelah ditetapkan mod executable
Baris kedua: untuk menetapkan tahun kemerdekaan negara kita
Baris ketiga: untuk mendapatkan tahun pada masa ini
Baris keempat: untuk memaparkan output ke skrin terminal yang seperti berikut jika skrip dijalankan pada tahun 2010
Negara kita telah merdeka selama 53 tahun.
Untuk memudahkan skrip dijalankan dengan satu arahan; jika nama skrip tadi adalah merdeka:
Set mod skrip tadi ke executable
chmod +x merdeka
Tukar ke pengguna root (super user)
su -
Salin skrip merdeka ke dalam /usr/bin/
cp /home/umarzuki/merdeka /usr/bin/
Sekarang anda telah boleh menjalankan skrip tadi sebagai program yang sama nama dengan nama asalnya
$ merdeka
Negara kita telah merdeka selama 53 tahun.






















Letakkan komen didalam kod anda!
17 Januari 2010 in pengaturcaraan by Umarzuki | No comments
Tanpa komen, agak sukar untuk memahami kegunaan sesuatu pembolehubah dan fungsi di dalam kod anda terutama sekali didalam kod yang panjang. Situasi ini akan mengakibatkan pitam dan rasa berdenyut-denyut dibahagian dahi.
Contoh:
for i in range(1,13): print i,Sudah tentu mereka yang baru berjinak-jinak dengan python akan menggaru kepala tanpa mencubanya terlebih dahulu.
Cara meletakkan komen adalah seperti berikut.
# paparkan nombor dari 1 hingga 12 for i in range(1,13): # nombor dipaparkan ke skrin dalam satu baris print i,Sudah tentu ini adalah sebagai contoh sahaja dan apa yang saya lakukan adalah agak berlebihan namun saya harap anda semua dapat memahami konsep penggunaannya.
Tags: comment, python, syntax highlight