Kalau anda menggunakan Compaq CQ40-115AU yang dilengkapi dengan peranti video ATI HD3200, mungkin anda akan mengalami masalah paparan video yang kurang lancar selepas memasang/menaiktaraf ke Debian Squeeze. Jawapannya adalah dengan memasang pakej firmware-linux-nonfree
Terlebih dahulu, benarkan repo non-free didalam /etc/apt/sources.list, contohnya seperti berikut:
deb http://ftp.us.debian.org/debian squeeze main contrib non-free
Kemudian barulah pasang pakej firmware-linux-nonfree
aptitude install firmware-linux-nonfree
Tags: ati hd3200, cq40, squeeze
















No comments
Comments feed for this article
Trackback link: http://umarzuki.org/blogku/wp-trackback.php?p=343