Saya andaikan anda menggunakan sistem pengoperasian Debian GNU/Linux.
Katakan anda ingin membaca dokumentasi mengenai fungsi random
pydoc random
Anda juga boleh menggunakan GUI untuk carian paparan dokumentasi. Sebelum itu pastikan anda telah memasang python-tk
pydoc -g
Kemudian satu tingkap akan muncul
Apabila anda melakukan carian kepada sesuatu fungsi, senarai carian akan dipaparkan dan anda boleh memilih daripada senarai tersebut, kemudian klik pada go to selected. Satu tingkap klien web akan dibuka secara automatik memaparkan dokumen berkaitan fungsi yang telah anda pilih tadi.






















Letakkan komen didalam kod anda!
17 Januari 2010 in pengaturcaraan by Umarzuki | No comments
Tanpa komen, agak sukar untuk memahami kegunaan sesuatu pembolehubah dan fungsi di dalam kod anda terutama sekali didalam kod yang panjang. Situasi ini akan mengakibatkan pitam dan rasa berdenyut-denyut dibahagian dahi.
Contoh:
for i in range(1,13): print i,Sudah tentu mereka yang baru berjinak-jinak dengan python akan menggaru kepala tanpa mencubanya terlebih dahulu.
Cara meletakkan komen adalah seperti berikut.
# paparkan nombor dari 1 hingga 12 for i in range(1,13): # nombor dipaparkan ke skrin dalam satu baris print i,Sudah tentu ini adalah sebagai contoh sahaja dan apa yang saya lakukan adalah agak berlebihan namun saya harap anda semua dapat memahami konsep penggunaannya.
Tags: comment, python, syntax highlight