Tentu pengguna KDE perasan bahawa Firefox kelihatan agak kurang enak untuk dipandang apabila dipasang pada suasana KDE. Ini dapat diselesaikan dengan memasang pakej gtk2-engines-qtcurve. Sebagai root:
aptitude install gtk2-engines-qtcurve
Kemudian, pergi ke *Kickoff > System Settings > Appearence > GTK Styles and Fonts dan tetapkan seperti gambar berikut:
Ketetapan:
GTK Styles: Use another style > QTCurve
GTK Fonts: Use my KDE fonts in GTK applications
*Kickoff adalah pelancar menu KDE 4. Posisinya sama seperti butang Start Windows kesayangan anda. Gurau saja.