Categories
keselamatan

Ralat “GPG error” semasa mengemaskini senarai pakej

Pernah mendapat ralat berikut selepas menjalankan arahan aptitude update?

W: GPG error: http://security.debian.org squeeze/updates Release: The following signatures were invalid: BADSIG AED4B06F473041FA Debian Archive Automatic Signing Key (6.0/squeeze)

Ini adalah disebabkan pertukaran kekunci gpg pada repo sekuriti Debian Squeeze.

  1. Muaturun debian-archive-keyring dari laman pakej Debian Squeeze

    http://packages.debian.org/squeeze/all/debian-archive-keyring/download

  2. Kemudian pasang pakej yang telah dimuaturun

    dpkg -i debian-archive-keyring_2010.08.28_all.deb

  3. Anda akan dapat output berikut yang menunjukkan ada kekunci gpg yang telah ditambah/dikemaskini

    gpg: Total number processed: 5
    gpg: imported: 1
    gpg: unchanged: 4
    gpg: no ultimately trusted keys found

  4. Sekarang cuba kemaskini senarai pakej dan ralat tersebut telah tiada

    aptitude update

Categories
perisian

Pasang Thunderbird dan Firefox pada Debian Squeeze

Untuk ini kita perlu menggunakan repo Linux Mint Debian Edition
Tambah berikut pada /etc/apt/sources.list

deb http://packages.linuxmint.com/ debian main upstream import

Tetapkan apt-pinning yang memberikan keutamaan kepada Squeeze untuk mengurangkan masalah kebergantungan kepada sesuatu versi aplikasi di masa akan datang. Ikut contoh berikut pada /etc/apt/preferences

[code=”plain”]Package: *
Pin: release a=squeeze
Pin-Priority: 300

Package: *
Pin: release a=debian
Pin-Priority: 200[/code]

Kemaskini senarai aplikasi

aptitude update

Pasang gelang kunci repo Linux Mint Debian Edition

aptitude install linuxmint-keyring

Kemaskini sekali lagi

aptitude update

Padamkan Iceweasel dan Icedove jika pernah dipasang

aptitude remove icedove iceweasel

Pasang Thunderbird dan Firefox

aptitude install thunderbird thunderbird-l10n-en-us firefox firefox-l10n-en-us

Mengapa perlu pakej *l10n-en-us (lokalisasi bahasa Inggeris US)?

Entah mengapa sebabnya, jika tidak memasang aplikasi tersebut, l10n-ar (lokalisasi bahasa Arab) pula akan dipasang secara lalai.

Mengapa perlu Thunderbird dan Firefox sedangkan ada Icedove dan Iceweasel?

Versi Thunderbird dan Firefox pada repo LMDE lebih terkini.

Categories
perisian

Compile FLARE pada Debian Squeeze

Untuk compile FLARE, beberapa pustaka SDL diperlukan.

  1. Sebagai pengguna root:
    aptitude install libsdl-image1.2-dev libsdl-mixer1.2-dev libsdl1.2-dev
  2. Sebagai pengguna biasa:
    Dapatkan kod sumber dari sistem svn FLARE
    mkdir flare
    svn checkout http://osare.googlecode.com/svn/trunk/ flare/
    cd flare/src
  3. Compile
    g++ -I /usr/include/SDL/ *.cpp -o rpgdemo -lSDL -lSDL_image -lSDL_mixer
  4. Pindahkan fail binari rpgdemo ke flare/resources
    mv rpgdemo ../resources
  5. Cuba mainkan
    cd ../resources
    ./rpgdemo