Categories
vmware

Kemaskini ESXi 5.1 menggunakan PowerShell

> Connect-VIServer -Server 10.0.0.100 -User root -Password password

> Get-VMhost | Select name, ConnectionState, Version, Build

[code lang=’plain’]Name ConnectionState Version Build
—- ————— ——- —–
10.0.0.100 Connected 5.1.0 2323236[/code]

> Set-VMhost -State Maintenance

[code lang=’plain’]Name ConnectionState PowerState NumCpu CpuUsageMhz CpuTotalMhz MemoryUsageGB MemoryTotalGB Version
—- ————— ———- —— ———– ———– ————- ————- ——-
10.0.0.100 Maintenance PoweredOn 4 137 9040 1.527 43.991 5.1.0

> Get-Datastore

Name FreeSpaceGB CapacityGB
—- ———– ———-
maildatastore1 328.009 1,672.750
datastore1 265.133 274.000[/code]

> New-PSDrive -name "mounteddatastore" -Root \ -PSProvider VimDatastore -Datastore (Get-Datastore datastore1)

[code lang=’plain’]Name Used (GB) Free (GB) Provider Root CurrentLocation
—- ——— ——— ——– —- —————
mounted… VimDatastore \10.0.0.100@443\ha-datacenter\da…[/code]

> Copy-Datastoreitem C:\Users\umarz\Downloads\ESXi510-201605001.zip -Destination mounteddatastore:

SSH ke ESXi dan taip

# esxcli software vib install -d /vmfs/volumes/datastore1/ESXi510-201605001.zip
# esxcli system shutdown reboot --reason patch

Categories
vmware

Cara untuk hantar syslog ESXi 5.5 ke server log SexiLog

IP Server log SexiLog = 10.0.0.20

SSH ke ESXi dan taip

esxcli system syslog config set --loghost=udp://10.0.0.20:514
esxcli network firewall ruleset set --ruleset-id syslog --enabled yes

Categories
linux vmware

Pasang vSphere CLI pada Ubuntu 14.04

Muaturun dan pasang vSphere CLI terbaharu

tar -xvf Downloads/VMware-vSphere-CLI-6.0.0-2503617.x86_64.tar.gz
cd vmware-vsphere-cli-distrib/
sudo ./vmware-install.pl

Jika berlaku ralat module SOAP Lite, muaturun dan pasang secara manual

tar -xvf Downloads/SOAP-Lite-1.19.tar.gz
SOAP-Lite-1.19/
perl Makefile.PL
make
make test
sudo make install

Jika ada masalah memasang modul perl, guna arahan berikut berdasarkan modul yang diperlukan

sudo cpan Nama::Modul

Categories
vmware

Pasang VMware Player pada Debian Squeeze AMD64

  1. Muaturun installer VMware Player untuk Linux 64-bit
  2. Buka GNOME Terminal dan taip
    su -c 'sh Downloads/VMware-Player-versi.x86_64.bundle'
  3. Pilih “I Agree” dan tekan butang Next
  4. Pilih Yes jika mahu mendapat notifikasi apabila terdapat kemaskini untuk VMware Player & klik butang Next
  5. Pilih No jika tidak mahu menghantar maklumat penggunaan VMware Player anda kepada VMware & klik butang Next
  6. Klik butang Install untuk memulakan pemasangan
  7. Klik butang Close setelah proses pemasangan selesai
  8. Pergi ke menu Applications, pilih System Tools dan klik VMware Player
  9. Klik butang Accept untuk menerima perjanjian pengguna

Sekarang anda sudah boleh mula menggunakan VMware Player pada Debian Squeeze 64-bit

Categories
perisian vmware

Dapatkan ID dan email pengguna Zimbra Network

Jika anda perlu mendapatkan senarai ID dan alamat emel dari pengkalan data Zimbra Network (diuji pada versi 7.1), guna arahan berikut sebagai pengguna root

/opt/zimbra/bin/mysql -e 'use zimbra;select id,comment from mailbox;'

Categories
linux pemacu perisian vmware

Pasang VMware-tools pada CentOS 5

Langkah-langkahnya

  1. Kemaskini CentOS

    yum -y update
    reboot

  2. Log masuk & pasang pakej-pakej yang diperlukan

    yum install gcc kernel-devel

  3. Pasang vmware tool

    mount /dev/cdrom /mnt/
    tar -xvf /mnt/VMwareTools-8.3.7-341836.tar.gz -C /tmp
    cd /tmp/vmware-tools-distrib/

  4. Tekan kekunci “Enter” untuk setiap soalan

    ./vmware-install.pl

Categories
linux vmware

Pasang VMware Tools pada VM Debian 6

  1. Pasang pakej-pakej yang diperlukan

    aptitude install build-essential linux-headers-2.6-686 libglib2.0-0

    linux-headers-2.6-686 bergantung kepada output ‘uname -r’, jika 2.6.32-5-amd64, maka pilih linux-headers-2.6-amd64

  2. Selepas memilih untuk memasang VMware Tools, mula mengekstrak fail pemasangan VMware Tools

    mount /dev/cdrom /mnt/
    tar -xvf /mnt/VMwareTools-8.4.6-385536.tar.gz -C /tmp/

  3. Untuk pemasangan
    cd /tmp/vmware-tools-distrib/
    ./vmware-install.pl
  4. Tekan kekunci Enter untuk semua soalan dan siap!
  5. vmware tools loaded

Categories
perisian vmware

VMware Workstation 7: “Could not open /dev/vmmon: No such file or directory. Please make sure that the kernel module `vmmon’ is loaded.”

Pernah mendapat mesej ralat seperti berikut?

Ini mungkin disebabkan servis vmware tidak dimulakan. Ubatnya?
service vmware start

Categories
vmware

Memasang Virtual Appliance Citadel pada VMware Player

Saya andaikan anda telah memuat turun:
Virtual appliance Citadel dari http://www.citadel.org/doku.php/installation:appliance dan
VMware OVF Tool dari http://communities.vmware.com/community/vmtn/vsphere/automationtools/ovf
ke dalam ~/Downloads
serta mengetahui apa itu Citadel. Jika tidak sila ke http://www.citadel.org/doku.php/installation:getting_started terlebih dahulu.

Mari kita mulakan sekarang. Setelah mengekstrak fail appliance.zip pada ~/Downloads, pasang VMware OVF tool
sudo sh VMware-ovftool-2.0.1-260188-lin.i386.sh

Kemudian tukar virtual appiance tadi dari format ovf ke vmx
ovftool Citadel\ virtual\ appliance/Citadel\ virtual\ appliance.ovf Citadel\ virtual\ appliance/Citadel\ virtual\ appliance.vmx

Siap? Mulakan VMware Player dan muatkan fail vmx tadi

Setelah Citadel dimuatkan sepenuhnya, tibalah masanya untuk menetapkan capaian ke pelayan virtual Citadel kita ini.

Pilih IP

Pilih IP

Tetapkan IP sebagai dinamik (DHCP)

Set IP ke dinamik

Pilih Shell

Laksanakan arahan untuk mendapatkan IP dari pelayan DHCP virtual VMware. Saya andaikan anda telah menetapkan IP sebagai Host-only

Dapatkan IP

Buka pelungsur web dan taipkan IP yang diberikan oleh arahan dhclient sebentar tadi.

Log masuk sebagai admin dengan

Nama pengguna: admin
Kata laluan: admin

Masuk ke antaramuka web Citadel

Selamat bereksperimentasi dengan pelayan virtual Citadel anda!

contoh laman "summary"

Categories
vmware

Pindah Windows 2000 dari fizikal ke mesin virtual VMware dengan Clonezilla dan VMware Player

Terkejut rasanya apabila diberitahu yang seorang pakar VMware tempatan dengan sijl VCP (VMware Certified Professional) mengatakan bahawa ini tidak boleh dilakukan.

Tergelak saya mendengarnya kerana telah 2 kali saya lakukan. Bagaimana?

Sebelum bermula biarlah saya ingatkan dahulu bahawa proses ini adalah rumit, serta peratusan kejayaan yang rendah kerana had-had keupayaan sistem virtual dimasa ini. Janganlah diharapkan akan keajaiban. Proses ini amat memakan masa dan menguji kesabaran. Sekarang anda telah diberi amaran yang sewajarnya.

Contoh adalah pelayan dengan sistem pengoperasian Windows 2000, pemproses mikro Pentium 4 3.6 GHz, memori akses rawak 1024 MB, cakera keras 80 GB.

Mula-mula saya but pelayan tersebut dengan Clonezilla live dan sambungkan cakera keras luaran. Saya tetapkan Clonezilla untuk menyimpan imej sandaran dari pelayan tersebut ke dalam cakera keras luaran. Anggaran masa dalam 2 jam.

Kemudian saya mulakan VMware Player dan servis ssh pada komputer riba. Cakera keras luaran tadi saya sambungkan ke komputer riba. Anggaran masa dalam 3 minit.

Pada VMware Player, saya cipta mesin virtual dengan cakera keras IDE virtual 80 GB, memori akses rawak 1024 GB. CD Clonezilla juga saya masukkan ke pemacu CD komputer riba. Anggaran masa dalam 10 minit.

Setelah itu, saya mulakan mesin virtual tadi dan Clonezilla akan dibut mesin virtual itu. Kemudian saya tetapkan Clonzilla untuk memulihkan imej yang telah disimpan ke dalam cakera keras luaran tadi ke cakera keras virtual pada mesin virtual. Anggaran masa dalam 2 jam.

Setelah selesai, apabila anda but masuk ke Windows 2000, anda akan mendapat skrin biru. Ini adalah kerana ketidak sesuaian pemacu sedia ada Windows 2000 dengan perkakasan virtual VMware.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu but mesin virtual itu dengan CD pemasangan Windows 2000. Lakukan seolah-olah anda ingin memasang semula Windows 2000, tetapi apabila tiba saat untuk format cakera keras, pilih untuk memulihkan/repair Windows 2000 sedia ada. Apabila langkah ini selesai, anda sepatutnya telah boleh but masuk ke Windows 2000. Anggaran masa 1 jam.

Jangan lupa pasang VMware Tools untuk kelancaran penggunaan mesin virtual itu.

Selamat mencuba dan jangan lupa, pengalaman adalah segalanya. Sijil tanpa pengalaman seumpama sembang di kedai kopi.