Categories
pengaturcaraan

Berapa Tahun Negara Kita Telah Merdeka?

Berikut adalah skrip Bash yang menunjukkan cara pengiraan bilangan ulangtahun kemerdekaan negara kita:
[code lang=’bash’]
#!/bin/bash
merdeka=1957
tahun_ini=$(date +%G)
echo Negara kita telah merdeka selama $[$tahun_ini-$merdeka] tahun.
[/code]

Penerangan skrip:

Baris pertama: untuk memudahkan skrip dijalankan dengan Bash setelah ditetapkan mod executable

Baris kedua: untuk menetapkan tahun kemerdekaan negara kita

Baris ketiga: untuk mendapatkan tahun pada masa ini

Baris keempat: untuk memaparkan output ke skrin terminal yang seperti berikut jika skrip dijalankan pada tahun 2010

Negara kita telah merdeka selama 53 tahun.

Untuk memudahkan skrip dijalankan dengan satu arahan; jika nama skrip tadi adalah merdeka:

Set mod skrip tadi ke executable
chmod +x merdeka

Tukar ke pengguna root (super user)
su -

Salin skrip merdeka ke dalam /usr/bin/
cp /home/umarzuki/merdeka /usr/bin/

Sekarang anda telah boleh menjalankan skrip tadi sebagai program yang sama nama dengan nama asalnya
$ merdeka
Negara kita telah merdeka selama 53 tahun.

Categories
internet

Klien IRC Teks

Jika anda kaki konsol/terminal seperti saya; Irssi mungkin sesuai untuk anda

Pasang sebagai pengguna root:
aptitude install irssi

Contoh untuk sambung ke pelayan IRC FreeNode
irssi -c irc.freenode.net -n nama-pengguna -w kata-laluan

Untuk menyertai channel #debian-my setelah tersambung ke FreeNode dengan Irssi; taip:
/join #debian-my

Categories
linux perisian

Fon telinga dipasang; speaker berbunyi

Jika speaker komputer riba anda berbunyi sekalipun anda telah memasang fon telinga; rendahkan slider internal speaker pada aplet bunyi.

  1. Klik-kanan pada aplet bunyi dan pilih Open Volume Control
  2. Seret slider ke bawah untuk mengurangkan bunyi

Rujuk gambar dibawah

Categories
perisian perkakasan

Nota LVM #1

Saya mempunyai 3 cakera keras
1 berkapasiti 80 GB
2 masing-masing berkapasiti 40 GB

Saya ingin membina satu partition dengan saiz 60 GB dengan 2 cakera keras 40 GB. Bakinya akan saya fikirkan kegunaannya dikemudian hari.

Jadikan cakera keras 40 GB pertama sebagai volum fizikal
[code lang=’plain’]# pvcreate /dev/sdb
Physical volume “/dev/sdb” successfully created[/code]

Jadikan cakera keras 40 GB kedua sebagai volum fizikal
[code lang=’plain’]# pvcreate /dev/sdc
Physical volume “/dev/sdc” successfully created[/code]

Masukkan kedua-dua volum fizikal tadi ke kumpulan volum yang diberi nama (dibuat saat ini) volum-tambahan
[code lang=’plain’]# vgcreate volume-tambahan /dev/sdb /dev/sdc
Volume group “volume-tambahan” successfully created[/code]

Semak sama ada kumpulan volum tersebut tadi berjaya dicipta
[code lang=’plain’]# vgscan
Reading all physical volumes. This may take a while…
Found volume group “volume-tambahan” using metadata type lvm2[/code]

Papar maklumat kumpulan volum tadi
[code lang=’plain’]# vgdisplay volume-tambahan
— Volume group —
VG Name volume-tambahan
System ID
Format lvm2
Metadata Areas 2
Metadata Sequence No 1
VG Access read/write
VG Status resizable
MAX LV 0
Cur LV 0
Open LV 0
Max PV 0
Cur PV 2
Act PV 2
VG Size 79.99 GB
PE Size 4.00 MB
Total PE 20478
Alloc PE / Size 0 / 0
Free PE / Size 20478 / 79.99 GB
VG UUID LRJHvx-ZqMd-5iZ1-xbcY-PqKz-igvu-JtyksY[/code]

Cipta volum lojikal bernama filem dengan kapasiti 60 GB pada kumpulan volum volum-tambahan
[code lang=’plain’]# lvcreate -n filem –size 60g volume-tambahan
Logical volume “filem” created[/code]

Semak penggunaan kumpulan volum. Perhatikan pada baris ketiga terakhir yang menunjukkan 60 Gb telah diperuntukkan untuk saya guna
[code lang=’plain’]# vgdisplay volume-tambahan
— Volume group —
VG Name volume-tambahan
System ID
Format lvm2
Metadata Areas 2
Metadata Sequence No 2
VG Access read/write
VG Status resizable
MAX LV 0
Cur LV 1
Open LV 0
Max PV 0
Cur PV 2
Act PV 2
VG Size 79.99 GB
PE Size 4.00 MB
Total PE 20478
Alloc PE / Size 15360 / 60.00 GB
Free PE / Size 5118 / 19.99 GB
VG UUID LRJHvx-ZqMd-5iZ1-xbcY-PqKz-igvu-JtyksY[/code]

Sediakan sistem fail untuk volum lojikal filem
[code lang=’plain’]# mkfs.ext3 /dev/volume-tambahan/filem
mke2fs 1.41.3 (12-Oct-2008)
Filesystem label=
OS type: Linux
Block size=4096 (log=2)
Fragment size=4096 (log=2)
3932160 inodes, 15728640 blocks
786432 blocks (5.00%) reserved for the super user
First data block=0
Maximum filesystem blocks=0
480 block groups
32768 blocks per group, 32768 fragments per group
8192 inodes per group
Superblock backups stored on blocks:
32768, 98304, 163840, 229376, 294912, 819200, 884736, 1605632, 2654208,
4096000, 7962624, 11239424

Writing inode tables: done
Creating journal (32768 blocks): done
Writing superblocks and filesystem accounting information: done

This filesystem will be automatically checked every 25 mounts or
180 days, whichever comes first. Use tune2fs -c or -i to override.[/code]

Papar maklumat volum lojikal tadi
[code lang=’plain’]# lvdisplay /dev/volume-tambahan/filem
— Logical volume —
LV Name /dev/volume-tambahan/filem
VG Name volume-tambahan
LV UUID JgDc0v-Hxtc-V1Is-LNQL-m731-CgJ6-z4ZNY4
LV Write Access read/write
LV Status available
# open 0
LV Size 60.00 GB
Current LE 15360
Segments 2
Allocation inherit
Read ahead sectors auto
– currently set to 256
Block device 254:2[/code]

Cuba mount volum lojikal tadi dan semak dengan df
[code lang=’plain’]# mkdir /mnt/filem
# mount /dev/volume-tambahan/filem /mnt/filem/
# df -h
Filesystem Size Used Avail Use% Mounted on
/dev/mapper/debian-root
78G 652M 73G 1% /
tmpfs 253M 0 253M 0% /lib/init/rw
udev 10M 656K 9.4M 7% /dev
tmpfs 253M 0 253M 0% /dev/shm
/dev/sda1 228M 9.4M 207M 5% /boot
/dev/mapper/volume–tambahan-filem
60G 180M 56G 1% /mnt/filem[/code]

Perhatikan pada baris terakhir yang menunjukkan bahawa volum lojikal tadi telah boleh digunakan.

Sumber rujukan:
http://www.debian-administration.org/articles/410

Categories
bsd

Nota FreeBSD #1

Lepas pasang FreeBSD, mesti buat langkah-langkah berikut sebelum boleh pasang apa-apa aplikasi dari ports FreeBSD

Ambil dan ekstrak petikan pepohon ports
portsnap fetch
portsnap extract

Kemudian barulah boleh memasang aplikasi dengan
pkg_add -r nama-aplikasi