Categories
internet perisian python

Pasang Plone pada Debian Lenny

Plone adalah CMS (Content Management System) yang dibina dengan bahasa pengaturcaraan Python.

Berikut langkah-langkah memasang Plone pada sistem Debian Lenny:

Muaturun Plone dari http://plone.org/products/plone/releases/3.3.4
* 3.3.4 adalah versi terkini pada hari artikel ini diterbitkan

Ekstrak
tar xvf Plone-3.3.4-UnifiedInstaller.tgz

Pasang pakej-pakej diperlukan sebagai root
aptitude update
aptitude install build-essential libssl-dev zlib1g-dev libreadline-dev libxml2-dev libwv-dev xpdf

Mula memasang Plone
cd Plone-3.3.4-UnifiedInstaller
./install.sh standalone

Siap!

Anda boleh capai laman anda pada localhost:8080

Jangan lupa salin maklumat pengguna admin selepas pemasangan

Categories
python

Anggarkan perbelanjaan bulan ini dengan Python

Ya, selepas saya dapati agak memakan masa untk membuka aplikasi calculator, jadi saya “mempergunakan” interpreter Python sebagai jalan mudah. Cuma buka Terminal/Konsole (biasanya saya sentiasa buka Terminal/Konsole) dan taip Python.