Categories
internet rangkaian

yum melalui proksi

Untuk membolehkan mengguna yum bagi memasang aplikasi melalui internet, /etc/yum.conf mesti diubah dengan menambahkan baris berikut:

proxy=http://192.168.1.1:8080

*jika IP pelayan proksi adalah 192.168.1.1 dan pada port 8080

Categories
linux pemacu

Masalah Paparan Video Kurang Lancar

Kalau anda menggunakan Compaq CQ40-115AU yang dilengkapi dengan peranti video ATI HD3200, mungkin anda akan mengalami masalah paparan video yang kurang lancar selepas memasang/menaiktaraf ke Debian Squeeze. Jawapannya adalah dengan memasang pakej firmware-linux-nonfree

Terlebih dahulu, benarkan repo non-free didalam /etc/apt/sources.list, contohnya seperti berikut:

deb http://ftp.us.debian.org/debian squeeze main contrib non-free

Kemudian barulah pasang pakej firmware-linux-nonfree
aptitude install firmware-linux-nonfree

Categories
internet linux rangkaian

Pelayan DNS dengan Bind

Nak buat pelayan DNS? Ni contoh pelayan DNS menggunakan sistem Debian GNU/Linux 5 dengan maklumat berikut

IP (bakal) pelayan DNS: 192.168.56.1
Domain yang hendak ditambah: umarzuki.my (contoh)
Pelayan emel yang hendak ditambah: mail.umarzuki.my dengan IP 192.168.56.2

Pasang dulu pakej bind9
aptitude install bind9

Tambah seperti berikut pada /etc/bind/named.conf

[code lang=’plain’]zone “umarzuki.my” {
type master;
file “/etc/bind/db.umarzuki.my”;
};[/code]

Buat fail db.umarzuki.my dalam /etc/bind
cd /etc/bind/
cp db.local db.umarzuki.my

Edit db.umarzuki.my seperti berikut:

[code lang=’plain’]$TTL 604800
@ IN SOA umarzuki.my. root.umarzuki.my. (
2 ; Serial
604800 ; Refresh
86400 ; Retry
2419200 ; Expire
604800 ) ; Negative Cache TTL
;
@ IN NS umarzuki.my.
@ IN A 192.168.56.1
@ IN MX 10 mail.umarzuki.my.
mail IN A 192.168.56.2[/code]

Mulakan semula servis bind9
/etc/init.d/bind9 restart

Edit /etc/resolv.conf (pada pelayan DNS) pada baris pertama
nameserver 192.168.56.1

Sekarang masa untuk menguji tetapan yang telah dilakukan
nslookup umarzuki.my

Output yang sepatutnya:

Server: 192.168.56.1
Address: 192.168.56.1#53

Name: umarzuki.my
Address: 192.168.56.1

Periksa pula sama ada rekod MX dirujuk kepada yang sepatutnya
host -t mx umarzuki.my

Output yang sepatutnya:

umarzuki.my mail is handled by 10 mail.umarzuki.my.

Categories
rangkaian

Akses ke pelayan menggunakan ssh dan rsa key

Buat public key dan private key anda dengan ssh-keygen
ssh-keygen -t dsa

*jangan masukkan kata laluan jika tidak mahu menggunakan kata laluan

Katakan IP pelayan tersebut adalah 192.168.56.1 dan pengguna yang anda diberi akses adalah user
Salin public key anda ke pelayan itu
cd .ssh
scp id_rsa.pub user@192.168.56.1:/home/user

Log masuk ke pelayan tersebut
ssh user@192.168.56.1
*pelayan juga mesti telah melakukan arahan “ssh-keygen -t dsa” sebelum ini

Salin kandungan public key anda tadi ke fail authorized_keys
cat id_rsa.pub >> .ssh/authorized_keys

Buang public key tadi kerana anda tidak memerlukannya lagi
rm id_rsa.pub

Langkah keselamatan:
chmod 700 .ssh
chmod 644 .ssh/authorized_keys

Sekarang cuba log masuk ke pelayan tersebut semula. Kali ini tentu anda tidak perlu lagi memasukkan sebarang maklumat seperti nama pengguna dan kata laluan.

Categories
linux

apache2: Could not reliably determine the server’s fully qualified domain name

Jika anda mendapat mesej seperti ini semasa memulakan apache2, ini cuma masalah tetapan hostname
Pastikan hasil
hostname -f

sama dengan dalam /etc/hostname. Kemudian taip
/bin/hostname -F /etc/hostname

Juga pastikan tetapan /etc/hosts adalah betul
Jika FQDN anda adalah server1.office.int

127.0.1.1 server1.office.int server1