Kaedah ini telah diuji pada Debian Lenny 32-bit dan anda mesti mempunyai sambungan internet untuk membina imej CD
Saya memilih clamtk kerana perisian ini adalah perisian bebas dan mempunyai GUI
Sebagai root, pasang live-helper (su -)
aptitude install live-helper
Sebagai pengguna biasa, bina direktori untuk digunakan sebagai ruang kerja
mkdir deblive
cd deblive
Tetapkan repo yang akan diguna (sebaris)
LOCALOPTS=" --mirror-binary http://ftp.us.debian.org/debian/ --mirror-chroot http://ftp.us.debian.org/debian/ --mirror-bootstrap http://ftp.us.debian.org/debian/ --mirror-binary-security http://security.eu.debian.org/ --mirror-chroot-security http://security.eu.debian.org"
Tetapkan pakej yang dikehendaki (sebaris)
lh_config -b iso -a i386 --bootstrap-flavour minimal --apt apt --distribution lenny --packages "fluxbox xserver-xorg clamtk clamav-freshclam" $LOCALOPTS
Dalam tetapan diatas, saya membina imej CD minima berdasarkan Debian Lenny 32-bit berserta pakej yang diperlukan untuk susana desktop fluxbox
Buat skrip untuk memastikan virus signature adalah yang terbaru
vi config/chroot_local-hooks/clamdefupdate.sh
Taip dan simpan 2 baris dibawah
#!/bin/bash
freshclam
Beri kebenaran kepadanya untuk dilaksanakan
chmod +x config/chroot_local-hooks/clamdefupdate.sh
Sebagai root (su), mulakan proses membina imej CD dari dalam direktori tadi
lh_build
Imej yang terhasil adalah binary.iso
Nama penggunanya adalah user, kata laluan adalah live