Categories
pengaturcaraan

Tukar line break dengan koma “,”

Situasi: Nak tukar beribu senarai pengguna yang telah ditaip pada setiap baris kepada format yang mudah untuk diguna pada /etc/aliases (alias pengguna emel)

Contoh pengguna.txt

[code lang=”plain”]ahmad
bob
chong[/code]

Output dimahukan:

[code lang=”plain”]ahmad,bob,chong[/code]

Baris arahan diperlukan
[code lang=”bash”]tr ‘\n’ , pengguna.txt[/code]

Categories
internet

Bar penanda kuota emel Roundcube

Bagi pengguna Dovecot untuk membenarkan bar kuota emel pada Webmail Roundcube, edit /etc/dovecot.conf

Tambah mail_plugins = quota imap_quota pada bahagian protocol imap

[code lang=”plain”]protocol imap {
mail_plugins = quota imap_quota
}[/code]

Tambah/uncomment quota = maildir pada bahagian plugin (jika menggunakan format maildir untuk mailbox)

[code lang=”plain”]plugin {
quota = maildir
}[/code]

Categories
linux

CD Mini Ubuntu

Untuk memasang Ubuntu menggunakan imej CD Ubuntu paling minima, muat turun mini.iso dari http://archive.ubuntu.com/ubuntu/dists/lucid/main/installer-i386/current/images/netboot/

Categories
linux perkakasan

Peranti tidak dapat dikesan pada sistem RHEL 3?

Tadi lepas pulihkan semula klon imej pelayab mel RHEL 3, tiba-tiba tiada kad rangkaian dikesan apabila menaip
# ifconfig -a

Pelik! Teringat pula buku teks RHCE yang telah dibaca hampir 2 tahun lalu yang ada memperihalkan mengenai kudzu. Program ini boleh mengesan dan mengkonfigurasikan peranti pada komputer dan juga vm anda.

Apa lagi, saya pun taip
# kudzu

dan pilih “Configure” untuk membolehkan peranti rangkaian saya dikesan oleh sistem.

Program kudzu ini telah digantikan dengan HAL semenjak Fedora 9 (RHEL 4?).

Categories
pengkalan data

Bermain dengan MySQL #1

Pada distro berdasarkan Debian, MySQL boleh dipasang dengan memasang pakej mysql-server
# aptitude install mysql-server

Jika anda ingin mencuba-cuba bermain dengan pengkalan data yang telah banyak data didalamnya, dapatkan sakila dari http://dev.mysql.com/doc/index-other.html

Untuk memasangnya, lakukan seperti di dalam artikel berikut
http://dev.mysql.com/doc/sakila/en/sakila.html#sakila-installation

Anda boleh query pengkalan data dan tables-nya melalui baris arahan seperti berikut:
# mysql sakila -u root -pabc123 -e "show tables;"

Perhatikan selepas -p adalah abc123 yang merupakan kata laluan untuk pengguna root pelayan MySQL tersebut

Selamat mencuba!
Laman manual untuk MySQL 5.1 (versi dasar untuk Debian 6) boleh disemak di http://dev.mysql.com/doc/refman/5.1/en/