Categories
bsd

Memasang OpenBSD versi lama

but masuk ke openbsd 4.1 virtual
Katakan anda ingin menyediakan sistem OpenBSD virtual dengan tujuan untuk semakan sebelum diterapkan ke sistem sedia ada yang kebetulan menggunakan versi lama. Contohnya versi 4.1.

Kata kunci carian yang anda perlukan adalah

openbsd 4.1 archive mirror

Dengan itu saya ditemukan dengan

mirror.leaseweb.com/pub/OpenBSD/4.1

Kemudian saya muat turun imej CD but cd41.iso

Setelah itu, but masuk ke VMware Player dengan imej tadi. Pastikan peranti rangkaian virtual ditetapkan kepada NAT, hos (komputer anda) telah tersambung ke internet.

Semasa pemasangan, set lokasi fail pemasangan pada ftp, bukannya cd. Tetapkan alamat sebagai mirror.leaseweb.com

Mudah bukan? Untuk versi selepas 4.1, anda tidak perlu menggunakan teknik ini. Cuma muat turun install42.iso (contoh untuk versi 4.2) dan pilih sumber dari CD semasa pemasangan.

Categories
vmware

Pindah Windows 2000 dari fizikal ke mesin virtual VMware dengan Clonezilla dan VMware Player

Terkejut rasanya apabila diberitahu yang seorang pakar VMware tempatan dengan sijl VCP (VMware Certified Professional) mengatakan bahawa ini tidak boleh dilakukan.

Tergelak saya mendengarnya kerana telah 2 kali saya lakukan. Bagaimana?

Sebelum bermula biarlah saya ingatkan dahulu bahawa proses ini adalah rumit, serta peratusan kejayaan yang rendah kerana had-had keupayaan sistem virtual dimasa ini. Janganlah diharapkan akan keajaiban. Proses ini amat memakan masa dan menguji kesabaran. Sekarang anda telah diberi amaran yang sewajarnya.

Contoh adalah pelayan dengan sistem pengoperasian Windows 2000, pemproses mikro Pentium 4 3.6 GHz, memori akses rawak 1024 MB, cakera keras 80 GB.

Mula-mula saya but pelayan tersebut dengan Clonezilla live dan sambungkan cakera keras luaran. Saya tetapkan Clonezilla untuk menyimpan imej sandaran dari pelayan tersebut ke dalam cakera keras luaran. Anggaran masa dalam 2 jam.

Kemudian saya mulakan VMware Player dan servis ssh pada komputer riba. Cakera keras luaran tadi saya sambungkan ke komputer riba. Anggaran masa dalam 3 minit.

Pada VMware Player, saya cipta mesin virtual dengan cakera keras IDE virtual 80 GB, memori akses rawak 1024 GB. CD Clonezilla juga saya masukkan ke pemacu CD komputer riba. Anggaran masa dalam 10 minit.

Setelah itu, saya mulakan mesin virtual tadi dan Clonezilla akan dibut mesin virtual itu. Kemudian saya tetapkan Clonzilla untuk memulihkan imej yang telah disimpan ke dalam cakera keras luaran tadi ke cakera keras virtual pada mesin virtual. Anggaran masa dalam 2 jam.

Setelah selesai, apabila anda but masuk ke Windows 2000, anda akan mendapat skrin biru. Ini adalah kerana ketidak sesuaian pemacu sedia ada Windows 2000 dengan perkakasan virtual VMware.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu but mesin virtual itu dengan CD pemasangan Windows 2000. Lakukan seolah-olah anda ingin memasang semula Windows 2000, tetapi apabila tiba saat untuk format cakera keras, pilih untuk memulihkan/repair Windows 2000 sedia ada. Apabila langkah ini selesai, anda sepatutnya telah boleh but masuk ke Windows 2000. Anggaran masa 1 jam.

Jangan lupa pasang VMware Tools untuk kelancaran penggunaan mesin virtual itu.

Selamat mencuba dan jangan lupa, pengalaman adalah segalanya. Sijil tanpa pengalaman seumpama sembang di kedai kopi.

Categories
perisian

Tema tidak berubah setelah menaiktaraf Ubuntu 8.04 ke 10.04

Baru-baru ini saya mencuba untuk menaiktaraf Ubuntu 8.04 ke 10.04. Setelah proses tersebut selesai, didapati temanya tidak boleh diubah dan kelihatan pelik. Namun saya dapat menyelesaikannya dengan memadam dua folder yang mengandungi fail-fail konfigurasi tema dan panel GNOME

cd ~
rm -r .gconf/apps/panel/
rm -r .gconf/apps/metacity/

Setelah itu, saya mulakan semula komputer.

Categories
internet perisian

Pemasangan Joomla 1.5 Pada Debian Lenny

Setelah siap memasang sistem Debian Lenny; semak pada /etc/apt/sources.list; anda cuma perlukan 5 baris berikut:

[code lang=”plain”]deb http://security.debian.org/ lenny/updates main contrib
deb-src http://security.debian.org/ lenny/updates main contrib
deb http://volatile.debian.org/debian-volatile lenny/volatile main contrib
deb-src http://volatile.debian.org/debian-volatile lenny/volatile main contrib
deb http://ftp.tw.debian.org/debian lenny main[/code]

Setelah log masuk sebagai pengguna root, pastikan semua sistem anda telah dikemaskini
aptitude update
aptitude -y safe-upgrade

Pasang pakej-pakej yang diperlukan
aptitude install apache2 mysql-server php5 php5-mysql
/etc/init.d/apache2 restart

Semak sama ada php berfungsi
cd /var/www/

Cipta fail phpinfo.php dengan kandungan seperti berikut:
[code lang=”php”][/code]

Buka pelungsur web dan pergi ke 192.168.0.130/phpinfo.php; jika IP sistem anda adalah 192.168.0.130

Anda sepatutnya mendapat output seperti berikut:

Cipta pengkalan data bernama joomla yang hanya boleh dicapai oleh pengguna mysql joomla_user pada localhost dengan kata laluan passw0rd
mysql -u root -p
create database joomla;
grant all privileges on joomla.* to 'joomla_user'@'localhost' identified by 'passw0rd';
flush privileges;

Muaturun Joomla yang terbaharu (contoh menggunakan versi 1.5.20)
wget http://joomlacode.org/gf/download/frsrelease/12610/53421/Joomla_1.5.20-Stable-Full_Package.zip

Ekstrak pakej Joomla
mkdir joomla
cd joomla/
aptitude install unzip
unzip ../Joomla_1.5.20-Stable-Full_Package.zip
cd ..
chown -R www-data:www-data joomla/
/etc/init.d/apache2 restart

Buka pelungsur web dan pergi ke 192.168.0.130/joomla

Klik Next

Bandingkan output anda sengan berikut dan klik Next jika sama

Klik Next

Isikan maklumat pengkalan data seperti berikut dan klik Next

Klik Next

Isikan maklumat tajuk laman, alamat emel anda dan kata laluan. Kemudian klik Install Sample Data dan klik Next

Buang direktori installation pada lokasi pemasangan
rm -rf joomla/installation/

Klik Site untuk memaparkan laman yang telah siap dipasang. Pergi ke 192.168.0.130/joomla/administrator untuk log masuk ke antaramuka administrator dengan nama pengguna admin. Kata laluannya seperti yang telah anda tetapkan sebentar tadi.