Categories
linux

Buang startup servis

Katakan anda nak buang postgresql 8.3 dari dimulakan waktu startup. Tentu anda menyampah dengan kelembapan yang tidak diingini itu kan?

update-rc.d -f postgresql-8.3 remove default

Untuk senarai mangsa anda seterusnya, lihat dalam /etc/rc2.d/ dan perhatikan servis yang tengan berjalan

netstat -tuanp | grep LISTEN

Maklumat diperolehi dari http://linuxhelp.blogspot.com/2006/04/enabling-and-disabling-services-during_01.html

Categories
internet linux perisian

Pasang plugin untuk Konqueror KDE 3.5

Diuji pada Debian Lenny dengan repo debian-multimedia

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!

  1. Pasang plugin flash
    aptitude install flashplayer-mozilla
  2. Set supaya konqueror boleh menggunakan plugin flash
    Pada konqueror, pilih menu Settings (Alt+s) > Configure Konqueror (Alt+c) > Plugins dan klik Scan for New Plugins
Categories
linux pemacu

tl-wn321g

Untuk memasang pemacu tl-wn321g pada Debian Lenny

  1. pasang firmware-ralink, rt73-common, rt73-source, rt73-modules-`uname -r` dan module-assistant
    aptitude install firmware-ralink rt73-common rt73-source rt73-modules-`uname -r` module-assistant
  2. compile rt73-source
    m-a a-i rt73-source
    depmod -a
  3. blacklist rt73 dengan menambah blacklist rt73 di dalam /etc/modrobe.d/blacklist
  4. pasang modul rt73us
    modprobe rt73usb

Maklumat ni saya jumpa di http://translate.google.com/translate?hl=en&sl=es&u=http://www.esdebian.org/foro/25970/ralink-tp-link-tl-wn321g-debian-lenny&ei=Qx0eSsD-HMaGkQXOj5mWDQ&sa=X&oi=translate&resnum=1&ct=result&prev=/search%3Fq%3Dlenny%2Btl-wn321g%26hl%3Den%26client%3Diceweasel-a%26rls%3Dorg.debian:en-US:unofficial

Categories
linux perisian

Reset panel GNOME

Tiba-tiba anda balik rumah dan periksa komputer, panel GNOME anda telah menjadi kucar-kacir dan apabila anda tanya kepada adik/rakan/anak buah/suku-sakat, mereka cuma tersengih. 🙁

Jangan risau. Taip arahan

cd ~
rm -r .gconf/apps/panel/

dan mulakan semula komputer.

Categories
linux perisian

Pasang Virtualbox OSE

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Contoh pemasangan dilakukan pada CQ40-115AU menggunakan Debian Lenny AMD64

Sebagai root, taip arahan dibawah
aptitude install virtualbox-ose virtualbox-ose-source virtualbox-ose-modules-2.6.26-2-amd64 virtualbox-ose-guest-source

Categories
internet keselamatan linux

OpenPGP key

Jana Open PGP key dengan
gpg --gen-key

Pilih saja semua pilihan sebagai default dengan menekan Enter dan y bila ditanya

Is this correct? (y/N)

Isikan semua maklumat penting dengan sejujurnya

Hantar maklumat ke key server dengan
gpg --send-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com 12345678

Categories
linux pengkalan data

Antaramuka pelayan MySQL

Sudah tentu anda biasa dengan phpmyadmin sebagai antara muka web untuk MySQL yang boleh dipasang dengan arahan (sebagai root)

aptitude install phpmyadmin

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost

Bagaimana pula dengan MySQL Administrator? Anda boleh memasangnya dengan

aptitude install mysql-admin

pada Debian dan distro berkaitan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost

Categories
linux

Nak jadi penulis jemputan blog Debian Malaysia?

Saya perlukan sumbangan pengguna Debian dalam bentuk pengalaman menggunakan Debian tak kira sebagai server ataupun desktop.

Sila hubungi saya di alamat umarzuki[at]gmail[dot]com jika berminat.

Categories
internet linux

Jangan biarkan Firefox anda kelihatan tidak bermaya!

Tentu pengguna KDE perasan bahawa Firefox kelihatan agak kurang enak untuk dipandang apabila dipasang pada suasana KDE. Ini dapat diselesaikan dengan memasang pakej gtk2-engines-qtcurve. Sebagai root:
aptitude install gtk2-engines-qtcurve

Kemudian, pergi ke *Kickoff > System Settings > Appearence > GTK Styles and Fonts dan tetapkan seperti gambar berikut:

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost

Ketetapan:
GTK Styles: Use another style > QTCurve
GTK Fonts: Use my KDE fonts in GTK applications

*Kickoff adalah pelancar menu KDE 4. Posisinya sama seperti butang Start Windows kesayangan anda. Gurau saja.

Categories
internet linux

Sorry, your system does not appear to have any supported player software. Please download a player.

Anda cuma perlukan plugin video streamer untuk web browser Firefox/Iceweasel anda. Jika anda menggunakan VLC, pasangkan mozilla-plugin-vlc

Sebagai root:
aptitude install mozilla-plugin-vlc

Jika anda menggunakan Totem:
aptitude install totem-mozilla

Jika anda menggunakan Kaffeine:
aptitude install kaffeine-mozilla

Jika anda menggunakan MPlayer:
aptitude install mozilla-mplayer

Harap maklumat ini membantu anda stream video dengan pemain video kegemaran anda.