Categories
linux pemasangan

Nota pemasangan Ubuntu 13.04 pada Lenovo V470

Muaturun ISO Ubuntu 13.04 AMD64

  1. Buat USB pemasangan Ubuntu dengan Unetbootin
  2. Boot USB
  3. Edit menu grub “..without install” dengan tekan kekunci E
    *masa boot kena tekan kekunci arah atas atau bawah masa keluar satu baris mesej ralat (saya dah lupa mesej apa)
  4. Tambah “vga=771” selepas “..quiet –” pada baris ke-2
  5. Tekan kekunci F10 untuk boot
  6. Pasang Ubuntu dengan partition pertama sebagai ‘gpt partition’, saiznya tetapkan sebanyak 50MB. Saya tidak pasti akan kesannya jika kurang dari 50MB.
  7. Ulang langkah 2 hingga 5
  8. Buka terminal dan taip arahan berikut untuk memasang perisian boot-repair

    sudo add-apt-repository ppa:yannubuntu/boot-repair && sudo apt-get update
    sudo apt-get install -y boot-repair && (boot-repair &)

  9. Pilih apply pada boot-repair
  10. reboot
  11. Log masuk dan buatkan fail .xprofile pada home directory dengan kandungan seperti berikut
    export UNITY_LOW_GFX_MODE=1
Categories
linux

Pelayan Perkongsian Fail SMB/CIFS Pada Ubuntu 12.04

Pada pelayan Ubuntu:

Pasang pakej samba
sudo apt-get install samba

uncomment atau buang tanda # dalam /etc/samba/smb.conf pada

[code lang=’plain’]# security = user[/code]

Untuk ‘mount’ folder /srv/samba/share2 sebagai pengguna user1, tetapkan seperti berikut pada smb.conf

[code lang=’plain’][share2]
comment = Ubuntu File Server Share
path = /srv/samba/share2
browsable = yes
guest ok = no
read only = no
valid users = user1
writable = yes
create mask = 0755[/code]

Berikan kata laluan smb untuk pengguna user1
sudo smbpasswd user1

Berikan kebenaran yang sesuai untuk folder /srv/samba/share2
sudo chown -R user1:user1 /srv/samba/share2

Mulakan semula servis samba
sudo service smbd restart

Pada klien Linux, contoh menggunakan Debian 7.1

*Jika workgroup pada smb.conf pelayan = WORKGROUP

Buat fail .smbcredentials pada /root dengan kata laluan yang sesuai untuk pengguna user1

[code lang=’plain’]username=user1
password=p@SsW0rD
domain=workgroup[/code]

*Kalau IP pelayan Ubuntu = 192.168.1.110

Tambah pada /etc/fstab seperti berikut

[code lang=’plain’]//192.168.1.110/share2 /mnt/smb2 cifs credentials=/root/.smbcredentials,iocharset=utf8 0 0[/code]

Buatkan folder /mnt/smb2 sebagai pengguna root
mkdir /mnt/smb2

Uji sebagai pengguna root
mount -a

*Kalau tak boleh automount masa boot, cuba tambah option _netdev pada tetapan di fstab

Categories
Pelbagai

Pasang Klien VMware View 5 pada Ubuntu 12.04

Taip arahan berikut
sudo sh -c ‘echo “deb http://archive.canonical.com/ubuntu/ lucid partner” >> \
/etc/apt/sources.list.d/canonical_partner.list’
sudo apt-get update
sudo apt-get install vmware-view-client

Categories
linux

CD Mini Ubuntu

Untuk memasang Ubuntu menggunakan imej CD Ubuntu paling minima, muat turun mini.iso dari http://archive.ubuntu.com/ubuntu/dists/lucid/main/installer-i386/current/images/netboot/

Categories
linux perisian

visualboyadvance-gtk

Setelah puas mencari, akhirnya baru saya tahu yang visualboyadvance-gtk adalah gvba

$ gvba

bukannya

$ gba

Setakat ni pada Debian Lenny dan Ubuntu Hardy tidak mempunyai shortcut pada menu Games.

Categories
internet linux

Sorry, your system does not appear to have any supported player software. Please download a player.

Anda cuma perlukan plugin video streamer untuk web browser Firefox/Iceweasel anda. Jika anda menggunakan VLC, pasangkan mozilla-plugin-vlc

Sebagai root:
aptitude install mozilla-plugin-vlc

Jika anda menggunakan Totem:
aptitude install totem-mozilla

Jika anda menggunakan Kaffeine:
aptitude install kaffeine-mozilla

Jika anda menggunakan MPlayer:
aptitude install mozilla-mplayer

Harap maklumat ini membantu anda stream video dengan pemain video kegemaran anda.