Categories
python

Anggarkan perbelanjaan bulan ini dengan Python

Ya, selepas saya dapati agak memakan masa untk membuka aplikasi calculator, jadi saya “mempergunakan” interpreter Python sebagai jalan mudah. Cuma buka Terminal/Konsole (biasanya saya sentiasa buka Terminal/Konsole) dan taip Python.

Python adalah bahasa pengaturcaraan yang menumpukan kepada kemudahan untuk pengaturaca membina program. Senang cerita, mudah dibaca. Dengan memulakan python, sebenarnya anda menjalankan program interpreter/penterjemah kod Python.

Contoh situasi:
Gaji bulan ini = 824
Sewa = 90
Anggaran perbelanjaan makan harian (tapau) = 7 setiap hari
Bil = UMobile belum bayar bulan lepas dan bulan ini = 78 x 2, bil telefon (Streamyx + cagaran dan penggunaan) = 100, PTPTN = 80

Jadi saya cuma lakukan seperti berikut
>>> gaji = 824
>>> makan = 7*31
>>> sewa = 90
>>> bil = 80+(78*2)+100

*Perhatikan bahawa * adalah pendarab (multiplier). Cara pengiraan adalah menggunakan konsep asas matematik.

Saya cuma isytiharkan pembolehubah dan tetapkan nilai/pengiraannya dan sudah tentu anda dapat mengagak bagaimana untuk mengira jumlah keseluruhan/baki wang anda
>>> baki = gaji – (makan+sewa+bil)

dan hasilnya dapat dilihat dengan menaip baki
>>> baki
181

Katakan anda mengubah fikiran mengenai jumlah perbelanjaan untuk makanan, cuma tukar nilai pembolehubah makan dan ulang kira baki
>>> makan = 10*31
>>> baki = gaji – (makan+bil+sewa)
>>> baki
88

One reply on “Anggarkan perbelanjaan bulan ini dengan Python”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *