Ramai tidak tahu peri pentingnya melakukan ujian kejituan imej CD sebelum burn imej tersebut. Banyak saya perhatikan post di forum yang bertanyakan mengenai masalah memasang distro GNU+Linux dan mengalami masalah. Kebanyakan dari mereka tidak melakukan ujian tesebut.
Katakan jika anda memuaturun imej SimplyMEPIS-CD_6.5.02_32.iso dari ftp://ftp.riken.go.jp/pub/Linux/mepis/released/ ke dalam direktori /home/saya.
Mulakan program emulasi konsol seperti Terminal dan taip:
md5sum /home/saya/SimplyMEPIS-CD_6.5.02_32.iso
Bezakan hasilnya dengan maklumat pada fail MD5SUMS pada tempat anda muaturun fail tersebut. Dalam kes ini, boleh didapati daripada ftp://ftp.riken.go.jp/pub/Linux/mepis/released/SimplyMEPIS-CD_6.5.02_32.md5sum