Kaedah ini telah diuji pada Debian Lenny 32-bit dan anda mesti mempunyai sambungan internet untuk membina imej CD
Saya memilih clamtk kerana perisian ini adalah perisian bebas dan mempunyai GUI
Sebagai root, pasang live-helper (su -)
aptitude install live-helper
Sebagai pengguna biasa, bina direktori untuk digunakan sebagai ruang kerja
mkdir deblive
cd deblive
Tetapkan repo yang akan diguna (sebaris)
LOCALOPTS=" --mirror-binary http://ftp.us.debian.org/debian/ --mirror-chroot http://ftp.us.debian.org/debian/ --mirror-bootstrap http://ftp.us.debian.org/debian/ --mirror-binary-security http://security.eu.debian.org/ --mirror-chroot-security http://security.eu.debian.org"
Tetapkan pakej yang dikehendaki (sebaris)
lh_config -b iso -a i386 --bootstrap-flavour minimal --apt apt --distribution lenny --packages "fluxbox xserver-xorg clamtk clamav-freshclam" $LOCALOPTS
Dalam tetapan diatas, saya membina imej CD minima berdasarkan Debian Lenny 32-bit berserta pakej yang diperlukan untuk susana desktop fluxbox
Buat skrip untuk memastikan virus signature adalah yang terbaru
vi config/chroot_local-hooks/clamdefupdate.sh
Taip dan simpan 2 baris dibawah
#!/bin/bash
freshclam
Beri kebenaran kepadanya untuk dilaksanakan
chmod +x config/chroot_local-hooks/clamdefupdate.sh
Sebagai root (su), mulakan proses membina imej CD dari dalam direktori tadi
lh_build
Imej yang terhasil adalah binary.iso
Nama penggunanya adalah user, kata laluan adalah live
2 replies on “Bina live antivirus scanner dengan live-helper”
jap x2, kat mana yang live tu?
run time ke? kalau apa yang masokis baca, nak buat liveCD antivirus..kan?
*maaf, org baru belajar..byk sgt soalan..dalam minda
//Xde plugin foward komen ke.. risau, kut komen balas..tp xsedar.hehe
kalau ikut langkah demi langkah, imej cd bernama binary.iso akan terbina. Jadi boleh cuba boot binary.iso tadi dengan virtualbox atau virt-manager untuk periksa sama ada menjadi ke tidak. Info lebih kat http://wiki.debian.org/DebianLive/