Siapa yang tak kenal permainan video Pacman?
Logo Google pada hari ini adalah sempena hari kelahiran Pacman.
Apa yang istimewanya?
Apabila anda klik Insert Coin, anda boleh mula bermainan permainan Pacman mini ini. Kawalannya adalah dengan menggunakan butang arah. Elakkan dari makhluk lain. Apabila anda melanggar/makan bebola berwarna putih, makhluk-makhluk lain akan bertukar ke warna biru dan lari daripada anda. Tetapi didalam versi Pacman Google ini, tiada had masa untuk makhluk-makhluk tersebut kembali ke asal dan mereka tidak lari daripada anda.
Bagaimanapun, cubalah! Agak menarik untuk dicuba.
