Categories
Pelbagai

Setup Skolelinux dengan VMware Player

Berikut adalah nota saya mengenai setup Skolelinux yang saya gunakan pada MOE OSSDAY 2010

Setelah memasang 1 mesin virtual main server & 1 mesin virtual workstation, tukar peranti rangkaian virtual kedua-dua mesin tersebut ke host-only.

Tambah berikut ke /etc/hosts pada mesin perumah
[code lang=’plain’]10.0.2.2 www tjener.intern tjener backup[/code]

Edit /etc/network/interfaces pada workstation seperti berikut
[code lang=’plain’]#iface eth0 inet dhcp
iface eth0 inet static
address 10.0.2.50
netmask 255.255.254.0
broadcast 10.0.3.255
gateway 10.0.2.2
dns-nameservers 10.0.2.2
dns-search intern[/code]

Mulakan semula servis network pada workstation
/etc/init.d/networking restart

Pindahkan fail konfigurasi dhcpd untuk vmnet1 pada perumah ke suatu lokasi yang lain
mv /etc/vmware/vmnet1/dhcpd/dhcpd.conf backup-conf/

Mulakan semula sevis vmware pada perumah
/etc/init.d/vmware restart

Tambah pengguna melalui lwat (pergi ke http://www/lwat)
* nama pengguna = admin
* kata laluan serupa dengan kata laluan root

Tambah workstation ke dalam senarai Machine pada lwat. Cuma perlu isikan ruangan hostname & mac address
* tetapkan hostname = static00
* masukkan mac address workstation

Sekarang sepatutnya dah boleh log masuk dari workstation menggunakan pengguna yang telah ditambah dari lwat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *