Jika anda dapat mesej ralat berikut semasa memulakan nm-applet dari Terminal
** (nm-applet:4083): WARNING **:
nma_dbus_init(): could not acquire its service. dbus_bus_acquire_service() says: ‘Connection “:1.118” is not allowed to own the service “org.freedesktop.NetworkManagerInfo” due to security policies in the configuration file’
Anda cuma perlu masukkan pengguna yang anda logmasuk sekarang ke kumpulan netdev
usermod -a -G netdev pengguna
Semak
grep pengguna /etc/group
netdev:x:106:pengguna
Nota: nm-applet gunanya untuk memudahkan penetapan peranti rangkaian. Anda boleh pasang aplikasi ini dengan memasang pakej network-manager