Mungkin anda ingin memasang GNOME tetapi tidak mempunyai talian internet. Tidak perlu memasang semula Debian untuk mendapatkan GNOME, gunakan sahaja apt-cdrom.
- Masukkan CD pemasangan Debian ke dalam tirai pemacu CD
- Mount CD tersebut
mount -t iso9660 /dev/cdrom /mnt - Jadikan CD tadi sebagai repo
apt-cdrom add /mnt - Letakkan tanda # pada hadapan baris repo yang lain di dalam /etc/apt/sources.list supaya apt tidak cuba mendapatkan pakej dari internet
- Pasang GNOME
aptitude update
tasksel install gnome-desktop