Categories
internet

Pasang Pidgin terbaru pada Debian Lenny

pidgin lenny backports

Pidgin versi lalai (2.4.3) tidak menyokong protokol Yahoo! Messenger, jadi kita perlu memasang versi terbaru. Untuk itu kita perlu menggunakan backports

Tambah repo lenny-backports ke senarai repo; /etc/apt/sources.list

deb http://www.backports.org/debian lenny-backports main contrib non-free

Sebagai pengguna root, kemaskini senarai aplikasi

aptitude update

Pasang kekunci arkib untuk pengesahan pakej yang bakal dimuaturun

aptitude install debian-backports-keyring

Pasang Pidgin dari repo lenny-backports

aptitude -t lenny-backports install pidgin

Categories
internet

Logo Google – Video peringatan John Lennon

Perasan tak ada butang main/play pada logo Google hari ini dan semalam?

Klik pada gambar butang main dan setelah mula bermain, jangan lupa klik butang pause untuk menyalin video dari folder /tmp (linux).

Jika anda terus mainkan video sampai habis, laman carian “John Lennon” akan terus dimuatkan.

Categories
internet perisian

Pemasangan Joomla 1.5 Pada Debian Lenny

Setelah siap memasang sistem Debian Lenny; semak pada /etc/apt/sources.list; anda cuma perlukan 5 baris berikut:

[code lang=”plain”]deb http://security.debian.org/ lenny/updates main contrib
deb-src http://security.debian.org/ lenny/updates main contrib
deb http://volatile.debian.org/debian-volatile lenny/volatile main contrib
deb-src http://volatile.debian.org/debian-volatile lenny/volatile main contrib
deb http://ftp.tw.debian.org/debian lenny main[/code]

Setelah log masuk sebagai pengguna root, pastikan semua sistem anda telah dikemaskini
aptitude update
aptitude -y safe-upgrade

Pasang pakej-pakej yang diperlukan
aptitude install apache2 mysql-server php5 php5-mysql
/etc/init.d/apache2 restart

Semak sama ada php berfungsi
cd /var/www/

Cipta fail phpinfo.php dengan kandungan seperti berikut:
[code lang=”php”][/code]

Buka pelungsur web dan pergi ke 192.168.0.130/phpinfo.php; jika IP sistem anda adalah 192.168.0.130

Anda sepatutnya mendapat output seperti berikut:

Cipta pengkalan data bernama joomla yang hanya boleh dicapai oleh pengguna mysql joomla_user pada localhost dengan kata laluan passw0rd
mysql -u root -p
create database joomla;
grant all privileges on joomla.* to 'joomla_user'@'localhost' identified by 'passw0rd';
flush privileges;

Muaturun Joomla yang terbaharu (contoh menggunakan versi 1.5.20)
wget http://joomlacode.org/gf/download/frsrelease/12610/53421/Joomla_1.5.20-Stable-Full_Package.zip

Ekstrak pakej Joomla
mkdir joomla
cd joomla/
aptitude install unzip
unzip ../Joomla_1.5.20-Stable-Full_Package.zip
cd ..
chown -R www-data:www-data joomla/
/etc/init.d/apache2 restart

Buka pelungsur web dan pergi ke 192.168.0.130/joomla

Klik Next

Bandingkan output anda sengan berikut dan klik Next jika sama

Klik Next

Isikan maklumat pengkalan data seperti berikut dan klik Next

Klik Next

Isikan maklumat tajuk laman, alamat emel anda dan kata laluan. Kemudian klik Install Sample Data dan klik Next

Buang direktori installation pada lokasi pemasangan
rm -rf joomla/installation/

Klik Site untuk memaparkan laman yang telah siap dipasang. Pergi ke 192.168.0.130/joomla/administrator untuk log masuk ke antaramuka administrator dengan nama pengguna admin. Kata laluannya seperti yang telah anda tetapkan sebentar tadi.

Categories
internet

Klien IRC Teks

Jika anda kaki konsol/terminal seperti saya; Irssi mungkin sesuai untuk anda

Pasang sebagai pengguna root:
aptitude install irssi

Contoh untuk sambung ke pelayan IRC FreeNode
irssi -c irc.freenode.net -n nama-pengguna -w kata-laluan

Untuk menyertai channel #debian-my setelah tersambung ke FreeNode dengan Irssi; taip:
/join #debian-my

Categories
internet

Tukar port lalai Postfix

Dalam /etc/postfix/master.cf, kalau nak ganti port 25 dengan port 26, tukar baris pertama yang tiada tanda #
biasanya:
[code lang=”plain”]smtp inet n – – – – smtpd[/code]
kepada
[code lang=”plain”]26 inet n – – – – smtpd[/code]

Muat semula servis postfix
postfix reload

Categories
internet

Akses POP emel Yahoo! pada Thunderbird

Tetapan pada Yahoo! Mail

*Saya andaikan alamat emel Yahoo! anda adalah namaku@yahoo.com

Pergi ke Options > Mail Options (Yahoo! Mail classic)

Pada Account Information, tetapan Set language, site and timezone adalah seperti berikut:

Pada POP & Forwarding, tetapan adalah seperti berikut:

Tetapan pada Thunderbird/Icedove

Pada Server Settings, tetapan adalah seperti berikut:

Pada Outgoing Server (SMTP) lalai akaun anda, tetapkan seperti berikut:

Categories
internet

Bar penanda kuota emel Roundcube

Bagi pengguna Dovecot untuk membenarkan bar kuota emel pada Webmail Roundcube, edit /etc/dovecot.conf

Tambah mail_plugins = quota imap_quota pada bahagian protocol imap

[code lang=”plain”]protocol imap {
mail_plugins = quota imap_quota
}[/code]

Tambah/uncomment quota = maildir pada bahagian plugin (jika menggunakan format maildir untuk mailbox)

[code lang=”plain”]plugin {
quota = maildir
}[/code]

Categories
internet perisian

Patch MediaWiki

Contoh patch dari versi 1.15.2 ke 1.15.3
*akses ssh ke pelayan web diperlukan

Setelah tukar ke dalam folder di aras atas folder mediawiki. Cth: /home/umarzuki/laman/wiki adalah lokasi pemasangan, jadi
cd /home/umarzuki/laman/

Muat turun fail patch
wget http://download.wikimedia.org/mediawiki/1.15/mediawiki-1.15.3.patch.gz

Mulakan
zcat mediawiki-1.15.3.patch.gz | patch -p1 -d wiki

Categories
internet rangkaian

yum melalui proksi

Untuk membolehkan mengguna yum bagi memasang aplikasi melalui internet, /etc/yum.conf mesti diubah dengan menambahkan baris berikut:

proxy=http://192.168.1.1:8080

*jika IP pelayan proksi adalah 192.168.1.1 dan pada port 8080