Categories
rangkaian

Akses ke pelayan menggunakan ssh dan rsa key

Buat public key dan private key anda dengan ssh-keygen
ssh-keygen -t dsa

*jangan masukkan kata laluan jika tidak mahu menggunakan kata laluan

Katakan IP pelayan tersebut adalah 192.168.56.1 dan pengguna yang anda diberi akses adalah user
Salin public key anda ke pelayan itu
cd .ssh
scp id_rsa.pub user@192.168.56.1:/home/user

Log masuk ke pelayan tersebut
ssh user@192.168.56.1
*pelayan juga mesti telah melakukan arahan “ssh-keygen -t dsa” sebelum ini

Salin kandungan public key anda tadi ke fail authorized_keys
cat id_rsa.pub >> .ssh/authorized_keys

Buang public key tadi kerana anda tidak memerlukannya lagi
rm id_rsa.pub

Langkah keselamatan:
chmod 700 .ssh
chmod 644 .ssh/authorized_keys

Sekarang cuba log masuk ke pelayan tersebut semula. Kali ini tentu anda tidak perlu lagi memasukkan sebarang maklumat seperti nama pengguna dan kata laluan.

Categories
perisian rangkaian

Pelayan tftp

Untuk mengkonfigurasi pelayan tftp pada Debian Lenny, anda perlu memasang pakej tftpd-hpa sebagai root

aptitude install tftpd-hpa

Kemudian tetapkannya supaya berjalan serbagai servis daemon

Untuk menggunakannya serta-merta, mulakan servis

/etc/init.d/tftpd-hpa start

Untuk membolehkan anda memindahkan fail ke pelayan tftp, anda mesti membina fail dengan nama yang sama seperti fail yang hendak dipindahkan dari klien ke pelayan dalam direktori /var/lib/tftpboot dan fail tersebut mestilah telah ditetapkan permission bit sebagai 777

chmod -R 777 /var/lib/tftpboot

Categories
internet rangkaian

Sambung ke internet dengan E1762 pada Ubuntu 9.10

Pasang usb_modeswitch. Sama ada muaturun dari https://forge.betavine.net/frs/?group_id=12&release_id=247 atau sambung ke internet melalui kabel rangkaian