Tanpa komen, agak sukar untuk memahami kegunaan sesuatu pembolehubah dan fungsi di dalam kod anda terutama sekali didalam kod yang panjang. Situasi ini akan mengakibatkan pitam dan rasa berdenyut-denyut dibahagian dahi.
Contoh:
[code lang=’python’]
for i in range(1,13):
print i,
[/code]
Sudah tentu mereka yang baru berjinak-jinak dengan python akan menggaru kepala tanpa mencubanya terlebih dahulu.
Cara meletakkan komen adalah seperti berikut.
[code lang=’python’]
# paparkan nombor dari 1 hingga 12
for i in range(1,13):
# nombor dipaparkan ke skrin dalam satu baris
print i,
[/code]
Sudah tentu ini adalah sebagai contoh sahaja dan apa yang saya lakukan adalah agak berlebihan namun saya harap anda semua dapat memahami konsep penggunaannya.