Categories
pengaturcaraan

Cara baca dokumentasi fungsi/function Python

Saya andaikan anda menggunakan sistem pengoperasian Debian GNU/Linux.

Katakan anda ingin membaca dokumentasi mengenai fungsi random
pydoc random

Anda juga boleh menggunakan GUI untuk carian paparan dokumentasi. Sebelum itu pastikan anda telah memasang python-tk
pydoc -g

Kemudian satu tingkap akan muncul

Screenshot-pydoc

Apabila anda melakukan carian kepada sesuatu fungsi, senarai carian akan dipaparkan dan anda boleh memilih daripada senarai tersebut, kemudian klik pada go to selected. Satu tingkap klien web akan dibuka secara automatik memaparkan dokumen berkaitan fungsi yang telah anda pilih tadi.

Screenshot-Python: module random - Iceweasel