Categories
perkakasan

4 GiB ingatan pada sistem GNU/Linux 32 bit

Biasanya sistem pengoperasian 32 bit tidak menyokong memori lebih dari 3 GiB. Contoh menggunakan Debian Lenny 32 bit pada laptop dengan RAM 4 GiB ( 2 x 2 GiB)

Jumlah memori dikesan sebelum memasang kernel linux dengan bigmem

free -m
total used free shared buffers cached
Mem: 2777 305 2472 0 72 111
-/+ buffers/cache: 121 2656
Swap: 6142 0 6142

Untuk pasang kernel tersebut
aptitude install linux-image-`uname -r`-bigmem

But semula komputer dan lihat hasilnya

free -m
total used free shared buffers cached
Mem: 3793 231 3561 0 13 103
-/+ buffers/cache: 115 3678
Swap: 6142 0 6142

Walaubagaimanapun, prestasi sistem 32 bit langsung tidak setanding dengan sistem 64 bit. Anda akan nampak perbezaannya semasa menggunakan program permainan komputer seperti Heroes of Newerth.