Categories
internet rangkaian

Folder NFS tidak dilekap secara automatik pada Debian 6?

Walaupun setelah menetapkan pada /etc/fstab dan memastikan sintaks tepat dengan arahan mount -a, folder pada pelayan NFS anda tetap tidak dilekap secara automatik selepas reboot.

Ini adalah kerana kandungan pembahagi didalam /etc/fstab dilekap sebelum servis rangkaian bermula. Jadi pelayan NFS gagal ditemukan pada saat itu.

Dengan mengandaikan:
IP pelayan NFS: 10.0.0.100
Folder yang dikongsi pada pelayan: /nfs
Folder destinasi pada klien: /mnt/nfs

Contoh /etc/fstab
[code lang=”plain”]10.0.0.100:/nfs /mnt/nfs nfs defaults 0 0[/code]

And cuma perlu tambah skrip yang diberi nama fstab pada /etc/network/if-up.d/
[code lang=”plain”]#!/bin/sh
mount -a[/code]

Kemudian tukar kebenaran skrip tersebut supaya boleh dilaksanakan
chmod +x /etc/network/if-up.d/fstab

Sumber: http://forums.linuxmint.com/viewtopic.php?f=141&t=56035&start=0