Categories
keselamatan linux

Akses GUI program pada Linux dari Windows

Teknik ini dipanggil X forwarding. Tetapi komputer Windows anda mesti tersedia pelayan X (Xorg). Dengan MobaXterm, segalanya mudah.

Muaturun MobaXterm dari http://mobaxterm.mobatek.net/

Saya andaikan anda telah memuaturun MobaXterm_v3.2.zip dan IP komputer Debian GNU/Linux adalah 10.0.0.129, servis ssh telah dimulakan dan salah satu pengguna pada komputer tersebut adalah umarzuki.

  1. Klik 2 kali pada fail zip tersebut
  2. Heret MobaXterm.exe ke Desktop

  3. Klik 2 kali pada MobaXterm.exe
  4. Taip “ssh umarzuki@10.0.0.129” untuk X forward melalui ssh

  5. Cuba mulakan sebarang aplikasi GUI, contohnya epiphany-browser (terdapat semasa memasang Debian)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *