Categories
internet perisian

Mula secara automatik nm-applet pada LXDE

Anda perlu tambah @nm-applet dalam /etc/xdg/lxsession/LXDE/autostart untuk membolehkan nm-applet dimulakan secara automatik pada Debian Lenny

Sebagai root
su -

Taip arahan berikut
echo @nm-applet >> /etc/xdg/lxsession/LXDE/autostart

Nanti setiap kali anda mulakan LXDE, nm-applet akan dimulakan secara automatik.

Categories
perisian

Periksa ejaan dengan OpenOffice.org 2

Jika anda menggunakan Debian Lenny atau mana-mana distro yang masih menggunakan OpenOffice.org 2 berikut cara untuk membenarkan pemeriksaan ejaan semasa menaip.

  1. Klik menu File
  2. Pilih Wizards
  3. Klik Install new dictionaries
  4. Kemudian satu fail bernama DicOOo akan dibuka, pilih bahasa yang ingin digunakan untuk pemeriksaan ejaan. Katakan anda memilih English
  5. Tekan butang Start DicOOo
  6. Klik Next
  7. Klik Retrieve list dan pilih English
  8. Ulang langkah diatas untuk 2 kali lagi dan tunggu hingga selesai
  9. Tutup semua tetingkap OpenOffice.org dan mulakan semula

Jangan lupa tekan butang AutoSpellcheck

Categories
perisian

Pindah surat ke dari KMail ke Icedove/Thunderbird

Lokasi surat kmail = ~/.kde/share/apps/kmail/mail
Lokasi surat icedove = ~/.mozilla-thunderbird/

Untuk pindah dari kmail ke icedove, fail surat mesti dalam format mbox sedangkan format surat kmail adalah dalam maildir. Jadi pada kmail, buat satu subdirektori dalam format mbox dan salin surat-surat yang ingin dipindah ke dalamnya. Katakan nama subdirektori ini adalah Salinan.

Categories
internet linux perisian

Pasang plugin untuk Konqueror KDE 3.5

Diuji pada Debian Lenny dengan repo debian-multimedia

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!

  1. Pasang plugin flash
    aptitude install flashplayer-mozilla
  2. Set supaya konqueror boleh menggunakan plugin flash
    Pada konqueror, pilih menu Settings (Alt+s) > Configure Konqueror (Alt+c) > Plugins dan klik Scan for New Plugins
Categories
linux perisian

Reset panel GNOME

Tiba-tiba anda balik rumah dan periksa komputer, panel GNOME anda telah menjadi kucar-kacir dan apabila anda tanya kepada adik/rakan/anak buah/suku-sakat, mereka cuma tersengih. 🙁

Jangan risau. Taip arahan

cd ~
rm -r .gconf/apps/panel/

dan mulakan semula komputer.

Categories
linux perisian

Pasang Virtualbox OSE

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Contoh pemasangan dilakukan pada CQ40-115AU menggunakan Debian Lenny AMD64

Sebagai root, taip arahan dibawah
aptitude install virtualbox-ose virtualbox-ose-source virtualbox-ose-modules-2.6.26-2-amd64 virtualbox-ose-guest-source

Categories
internet perisian

Pasang Flock pada Debian Lenny

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost

  1. Muaturun Flock dari http://www.flock.com/download/versions
  2. Buka fail tersebut fail tersebut seperti berikut (versi boleh berubah dari semasa ke semasa)
    tar xvjf flock-2.0.3.en-US.linux-i686.tar.bz2
  3. Masuk ke direktori flock
    cd flock/
  4. Mulakan Flock dengan
    ./flock-browser
Categories
perisian

Backup dan restore e-mail offline KMail

Semua e-mail offline anda berada dalam ~/.kde/share/apps/kmail/mail

Jika anda menggunakan KDE 4.2.1, semua e-mail tersebut terdapat di dalam ~/.kde4/share/apps/kmail/mail

Categories
perisian

Menguji kejituan imej CD dengan md5sum

Ramai tidak tahu peri pentingnya melakukan ujian kejituan imej CD sebelum burn imej tersebut. Banyak saya perhatikan post di forum yang bertanyakan mengenai masalah memasang distro GNU+Linux dan mengalami masalah. Kebanyakan dari mereka tidak melakukan ujian tesebut.

Katakan jika anda memuaturun imej SimplyMEPIS-CD_6.5.02_32.iso dari ftp://ftp.riken.go.jp/pub/Linux/mepis/released/ ke dalam direktori /home/saya.

Mulakan program emulasi konsol seperti Terminal dan taip:
md5sum /home/saya/SimplyMEPIS-CD_6.5.02_32.iso
Bezakan hasilnya dengan maklumat pada fail MD5SUMS pada tempat anda muaturun fail tersebut. Dalam kes ini, boleh didapati daripada ftp://ftp.riken.go.jp/pub/Linux/mepis/released/SimplyMEPIS-CD_6.5.02_32.md5sum