Categories
internet perisian

Pasang Webmin pada Debian 6

Webmin adalah antara muka untuk mengkonfigurasi servis seperti pelayan emel Postfix dan pelbagai lagi dengan menggunakan antaramuka laman sesawang.

  1. Muaturun pakej Debian Webmin dari http://www.webmin.com/download.html. Contoh berikut boleh berubah mengikut versi terkini Webmin
    wget http://prdownloads.sourceforge.net/webadmin/webmin_1.550_all.deb
  2. Pasang pakej tersebut sebagai pengguna root
    dpkg -i webmin_1.550_all.deb
  3. Sekarang Webmin boleh diakses pada pelungsur sesawang anda dengan pergi ke localhost:10000 dan log masuk sebagai pengguna root. Gantikan localhost dengan alamat IP pelayan Debian anda

Nota: Jikalau anda mendapat mesej ralat seperti berikut
dpkg: dependency problems prevent configuration of webmin:
webmin depends on libnet-ssleay-perl; however:
Package libnet-ssleay-perl is not installed.
webmin depends on libauthen-pam-perl; however:
Package libauthen-pam-perl is not installed.
webmin depends on libio-pty-perl; however:
Package libio-pty-perl is not installed.
webmin depends on apt-show-versions; however:
Package apt-show-versions is not installed.
dpkg: error processing webmin (--install):
dependency problems - leaving unconfigured
Errors were encountered while processing:
webmin

Laksanakan arahan berikut
apt-get -fy install

Categories
pemacu

Memasang pemacu video ATI pada Debian Squeeze ‘cara Debian’

Pastikan seksyen non-free untuk repo telah ditetapkan di dalam /etc/apt/sources.list seperti di bawah

deb http://ftp.us.debian.org/debian squeeze main contrib non-free

Pasang pakej-pakej yang diperlukan

aptitude update
aptitude install fglrx-control fglrx-driver

Untuk tetapan minima, cipta fail xorg.conf didalam direktori utama anda ($HOME/xorg.conf) dengan kandungan seperti berikut

[code=”plain”]
Section “Device”
Identifier “ATI”
Driver “fglrx”
EndSection

Section “Screen”
Identifier “Default Screen”
DefaultDepth 24
EndSection
[/code]

Untuk mencipta tetapan automatik, guna arahan berikut sebagai pengguna root

aticonfig --initial

But semula komputer dan pilih masuk ke recovery mode

Namakan semula xorg.conf (jika ada)

mv /etc/X11/xorg.conf /etc/X11/xorg.conf-lama

Salin xorg.conf yang kita telah cipta sebentar tadi ke /etc/X11

cp /home/nama-pengguna-anda/xorg.conf /etc/X11

But semula komputer

reboot

Sumber:

http://wiki.debian.org/ATIProprietary#Squeeze

Categories
internet perisian

Pemasangan Joomla 1.5 Pada Debian Lenny

Setelah siap memasang sistem Debian Lenny; semak pada /etc/apt/sources.list; anda cuma perlukan 5 baris berikut:

[code lang=”plain”]deb http://security.debian.org/ lenny/updates main contrib
deb-src http://security.debian.org/ lenny/updates main contrib
deb http://volatile.debian.org/debian-volatile lenny/volatile main contrib
deb-src http://volatile.debian.org/debian-volatile lenny/volatile main contrib
deb http://ftp.tw.debian.org/debian lenny main[/code]

Setelah log masuk sebagai pengguna root, pastikan semua sistem anda telah dikemaskini
aptitude update
aptitude -y safe-upgrade

Pasang pakej-pakej yang diperlukan
aptitude install apache2 mysql-server php5 php5-mysql
/etc/init.d/apache2 restart

Semak sama ada php berfungsi
cd /var/www/

Cipta fail phpinfo.php dengan kandungan seperti berikut:
[code lang=”php”][/code]

Buka pelungsur web dan pergi ke 192.168.0.130/phpinfo.php; jika IP sistem anda adalah 192.168.0.130

Anda sepatutnya mendapat output seperti berikut:

Cipta pengkalan data bernama joomla yang hanya boleh dicapai oleh pengguna mysql joomla_user pada localhost dengan kata laluan passw0rd
mysql -u root -p
create database joomla;
grant all privileges on joomla.* to 'joomla_user'@'localhost' identified by 'passw0rd';
flush privileges;

Muaturun Joomla yang terbaharu (contoh menggunakan versi 1.5.20)
wget http://joomlacode.org/gf/download/frsrelease/12610/53421/Joomla_1.5.20-Stable-Full_Package.zip

Ekstrak pakej Joomla
mkdir joomla
cd joomla/
aptitude install unzip
unzip ../Joomla_1.5.20-Stable-Full_Package.zip
cd ..
chown -R www-data:www-data joomla/
/etc/init.d/apache2 restart

Buka pelungsur web dan pergi ke 192.168.0.130/joomla

Klik Next

Bandingkan output anda sengan berikut dan klik Next jika sama

Klik Next

Isikan maklumat pengkalan data seperti berikut dan klik Next

Klik Next

Isikan maklumat tajuk laman, alamat emel anda dan kata laluan. Kemudian klik Install Sample Data dan klik Next

Buang direktori installation pada lokasi pemasangan
rm -rf joomla/installation/

Klik Site untuk memaparkan laman yang telah siap dipasang. Pergi ke 192.168.0.130/joomla/administrator untuk log masuk ke antaramuka administrator dengan nama pengguna admin. Kata laluannya seperti yang telah anda tetapkan sebentar tadi.

Categories
gajet linux

Memasang Debian pada N900

Cekupan skrin Debian dengan persekitaran atas meja LXDE pada N900

Pada N900:
Pergi ke App.manager, kemudian pasang Easy Debian dan lzma.

Pada komputer anda:
Muaturun imej Debian
wget http://qole.org/files/debian-m5-v3d.img.ext2.lzma

Kemudian pindah ke dalam N900 anda.

Pada N900:
Pastikan imej tersebut ada di dalam /home/user/MyDocs. Jika tidak, pindahkan ke dalam lokasi tersebut.

Kemudian pilih aplikasi Deb Img Install. Jika ditanya mengenai lokasi untuk memasang Debian, pilih MyDocs.

Proses pemasangan mungkin mengambil masa dalam setengah jam; tidak termasuk memuaturun imej Debian.

Untuk menggunakan Debian, pilih aplikasi Debian LXDE. Manakala untuk keluar; log keluar seperti biasa yang anda lakukan pada sistem Debian anda dan pilih aplikasi Close Debian.

Nota: apabila saya menulis “pilih aplikasi”; bermakna cari pada menu aplikasi.

Categories
internet linux rangkaian

Pelayan DNS dengan Bind

Nak buat pelayan DNS? Ni contoh pelayan DNS menggunakan sistem Debian GNU/Linux 5 dengan maklumat berikut

IP (bakal) pelayan DNS: 192.168.56.1
Domain yang hendak ditambah: umarzuki.my (contoh)
Pelayan emel yang hendak ditambah: mail.umarzuki.my dengan IP 192.168.56.2

Pasang dulu pakej bind9
aptitude install bind9

Tambah seperti berikut pada /etc/bind/named.conf

[code lang=’plain’]zone “umarzuki.my” {
type master;
file “/etc/bind/db.umarzuki.my”;
};[/code]

Buat fail db.umarzuki.my dalam /etc/bind
cd /etc/bind/
cp db.local db.umarzuki.my

Edit db.umarzuki.my seperti berikut:

[code lang=’plain’]$TTL 604800
@ IN SOA umarzuki.my. root.umarzuki.my. (
2 ; Serial
604800 ; Refresh
86400 ; Retry
2419200 ; Expire
604800 ) ; Negative Cache TTL
;
@ IN NS umarzuki.my.
@ IN A 192.168.56.1
@ IN MX 10 mail.umarzuki.my.
mail IN A 192.168.56.2[/code]

Mulakan semula servis bind9
/etc/init.d/bind9 restart

Edit /etc/resolv.conf (pada pelayan DNS) pada baris pertama
nameserver 192.168.56.1

Sekarang masa untuk menguji tetapan yang telah dilakukan
nslookup umarzuki.my

Output yang sepatutnya:

Server: 192.168.56.1
Address: 192.168.56.1#53

Name: umarzuki.my
Address: 192.168.56.1

Periksa pula sama ada rekod MX dirujuk kepada yang sepatutnya
host -t mx umarzuki.my

Output yang sepatutnya:

umarzuki.my mail is handled by 10 mail.umarzuki.my.

Categories
internet

Berkicau dengan Debian Lenny

Klien Twitter yang terdapat pada Debian Lenny adalah twitux

Untuk memasangnya, sebagai root:
aptitude install twitux

Categories
pengaturcaraan

Compile C++ pada Debian Lenny

Pasang pakej g++ sebagai root
su -
aptitude install g++

Untuk compile fail hello.cpp yang kandungannya seperti berikut
[code lang=’cpp’]#include
using namespace std;

int main ()
{
cout << "Hello, world." << endl; return 0; } [/code] Arahannya seperti berikut: g++ hello.cpp -o hello

Sengaja saya tambah pilihan dan parameter -o hello supaya program terhasil bernama hello, bukannya a.out. Untuk laksanakan program terhasil:
./hello

Hasil sepatutnya:

Hello, world.

Categories
perisian

Bina live antivirus scanner dengan live-helper

Kaedah ini telah diuji pada Debian Lenny 32-bit dan anda mesti mempunyai sambungan internet untuk membina imej CD
Saya memilih clamtk kerana perisian ini adalah perisian bebas dan mempunyai GUI

Sebagai root, pasang live-helper (su -)
aptitude install live-helper

Sebagai pengguna biasa, bina direktori untuk digunakan sebagai ruang kerja
mkdir deblive
cd deblive

Tetapkan repo yang akan diguna (sebaris)
LOCALOPTS=" --mirror-binary http://ftp.us.debian.org/debian/ --mirror-chroot http://ftp.us.debian.org/debian/ --mirror-bootstrap http://ftp.us.debian.org/debian/ --mirror-binary-security http://security.eu.debian.org/ --mirror-chroot-security http://security.eu.debian.org"

Tetapkan pakej yang dikehendaki (sebaris)
lh_config -b iso -a i386 --bootstrap-flavour minimal --apt apt --distribution lenny --packages "fluxbox xserver-xorg clamtk clamav-freshclam" $LOCALOPTS

Dalam tetapan diatas, saya membina imej CD minima berdasarkan Debian Lenny 32-bit berserta pakej yang diperlukan untuk susana desktop fluxbox

Buat skrip untuk memastikan virus signature adalah yang terbaru
vi config/chroot_local-hooks/clamdefupdate.sh

Taip dan simpan 2 baris dibawah
#!/bin/bash
freshclam

Beri kebenaran kepadanya untuk dilaksanakan
chmod +x config/chroot_local-hooks/clamdefupdate.sh

Sebagai root (su), mulakan proses membina imej CD dari dalam direktori tadi
lh_build

Imej yang terhasil adalah binary.iso

Nama penggunanya adalah user, kata laluan adalah live

Categories
tema

Tema Fedora pada Debian Lenny

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost

Tema Fedora yang lembut dan menarik dengan membuat jantungku berdegup kencang, perasaanku begitu kuat untuk memiliki si dia jelita 😀 LOL.

Bagaimana si Umar yang kurang kacak (tetapi macho), bak kata P. Ramlee di dalam sebuah lagunya: “Lawa tiada, manis ada…” berjaya melakukannya?

Pasang gtk2-engines-nodoka
Sebagai root:
aptitude install gtk2-engines-nodoka

Muaturun nodoka-theme-gnome dari https://fedorahosted.org/nodoka/wiki

Ektrak
*Contoh menggunakan nodoka-theme-gnome-0.3.90.tar.gz
tar xvf nodoka-theme-gnome-0.3.90.tar.gz

Salin fail tema ke lokasi sepatutnya
cd nodoka-theme-gnome-0.3.90/
su
cp -r Nodoka/ /usr/share/themes/

Tukar tema dari System > Preferences > Appearence

Tips: Ikon lalai Fedora serupa dengan Mist, jadi tukar ikon ke Mist.

Sumber rujukan: http://computrgeek.wordpress.com/2008/05/27/make-ubuntu-look-like-fedora-nodoka-theme/

Categories
linux perisian

Compiz Fusion pada Debian Lenny

Untuk membolehkan efek 3D seperti kiub, tetingkap menggeliut/wobbly, efek api, efek air dan sebagainya, beberapa langkah perlu dilakukan:
* saya andaikan anda menggunakan DE GNOME