Categories
internet perisian

Membolehkan penggunaan pemalam Java untuk Iceweasel

Untuk membolehkan pelungsur web Iceweasel memapar/memainkan aplet java, kita terlebih dahulu mestilah memasang pemalam yang sesuai. Contoh pada Debian Squeeze 64-bit

Versi java yang saya gunakan (versi yang datang sekali dengan pemasangan Debian Squeeze)
java -version

Output arahan

java version “1.6.0_18”
OpenJDK Runtime Environment (IcedTea6 1.8.2) (6b18-1.8.2-4)
OpenJDK 64-Bit Server VM (build 16.0-b13, mixed mode)

Pasang pemalam java
aptitude install icedtea6-plugin

Kemudian anda akan diminta untuk memulakan semula Iceweasel (jika sedang menggunakannya). Klik OK

Sepatutnya bila anda pergi ke about:plugins, anda akan dapat melihat yang pemalam java telah boleh digunakan

Apabila anda pergi ke http://www.java.com/en/download/help/testvm.xml untuk menguji pemalam java, anda sepatutnya nampak seperti berikut