Categories
perisian

VirtualBox 3.2 tiada di dalam repo?

Tidak. Sebenarnya versi 3.2 di dalam repo non-free manakala 4.0 di dalam repo contrib. Jadi untuk memasang versi 3.2, anda perlu memastikan repo non-free telah dibenarkan di dalam /etc/apt/sources.list seperti di bawah:

deb http://download.virtualbox.org/virtualbox/debian squeeze contrib non-free

*Contoh di atas adalah apabila anda menggunakan Debian 6 (Squeeze)

Kemaskini senarai aplikasi dari repo dan cuba lihat versi VirtualBox yang boleh dipasang sebagai pengguna root

aptitude update
aptitude search virtualbox

Categories
internet perisian

Nota Zarafa #1

Nota pemasangan Zarafa pada Debian Lenny

Pastikan ada sekurang-kurangnya baris repo berikut di dalam /etc/apt/sources.list

deb http://security.debian.org/ lenny/updates main contrib
deb http://volatile.debian.org/debian-volatile lenny/volatile main contrib
deb http://ftp.tw.debian.org/debian lenny main contrib non-free
deb http://debs.host-consultants.de/ lenny main zarafa

Tetapkan apt-pinning pada /etc/apt/preferences

Package: *
Pin: release o=Host-Consultants
Pin-Priority: 900

Tetapkan untuk mendapat pakej yang sah dan kemaskini senarai aplikasi yang terdapat pada setiap repo

wget -q http://debs.host-consultants.de/public.key -O- | apt-key add -
aptitude update

Pasang pakej-pakej yang diperlukan

aptitude install zarafa postfix postfix-mysql

Tambah berikut di dalam /etc/postfix/main.cf

mailbox_transport = zarafa:
zarafa_destination_recipient_limit = 1
virtual_alias_maps = mysql:/etc/postfix/mysql-aliases.cf

Tambah berikut di dalam /etc/postfix/master.cf

[code=”plain”]zarafa unix – n n – 10 pipe
flags= user=vmail argv=/usr/bin/zarafa-dagent ${user}[/code]

tambah pengguna vmail tetapi jangan tetapkan kata laluan

adduser vmail

Betulkan kata laluan untuk pengguna root mysql di dalam /etc/zarafa/server.conf dan tetapkan pengguna vmail sebagai local admin user

mysql_password = password
local_admin_users = root vmail

Buat fail /etc/postfix/mysql-aliases.cf dengan kandungan seperti berikut

user = root
password = password
hosts = 127.0.0.1
dbname = zarafa
query = select value from objectproperty where objectid=(select objectid from objectproperty where value='%s' limit 1) and propname='loginname';

Tetapkan maklumat ownership untuk folder /var/lib/zarafa-webaccess/tmp/ kepada pengguna www-data (pelayan web)

chown -R www-data:www-data /var/lib/zarafa-webaccess/tmp/

Tambah pengguna dengan privilege admin

/usr/bin/zarafa-admin -c umarzuki -p password -e umarzuki@contoh.com -f "Umarzuki Mochlis" -a 1
/usr/bin/zarafa-admin --create-store umarzuki

Mulakan servis-servis yang diperlukan

/etc/init.d/apache2 start
/etc/init.d/postfix start
/etc/init.d/zarafa-server start
/etc/init.d/zarafa-spooler start

Sepatutnya Webaccess Zarafa boleh dicapai pada laman contoh.com/webaccess jika URL pelayan emel anda adalah contoh.com

Categories
perisian perkakasan

Nota LVM #2

Untuk menambah kapasiti volum lojikal ke 100% saiz kumpulan volum setelah menambah volum fizikal ke kumpulan volum

Jangan lupa umount volum lojikal terlebih dahulu

lvextend -l +100%FREE /dev/volum-tambahan/filem
e2fsck -f /dev/volum-tambahan/filem
resize2fs /dev/volum-tambahan/filem

Categories
internet

Guna DNS Google setiap kali sambung ke internet

Dengan menggunakan aplet Network Manager, anda boleh menetapkan untuk menggunakan DNS Google tiap kali sambung ke internet. Contoh menggunakan aplet Network Manager 0.8.1 pada Debian Squeeze untuk sambungan tanpa wayar 3G Maxis.

  1. Klik-kanan pada aplet Network Manager
  2. Pilih Edit Connections
  3. Buka tab Mobile Broadband
  4. Pilih Auto Mobile Broadband (GSM) connection
  5. Klik Edit
  6. Masukkan kata laluan pengguna root jika diperlukan
  7. Buka tab IPv4 Settings
  8. Tambah 8.8.8.8, 8.8.4.4 pada ruang DNS Servers

  9. Klik Apply
  10. Nanti selepas anda menyambung semula dengan tetapan tadi, kandungan /etc/resolv.conf adalah seperti berikut:

    # Generated by NetworkManager
    nameserver 8.8.8.8
    nameserver 8.8.4.4

Categories
pemacu

Memasang pemacu video ATI pada Debian Squeeze ‘cara Debian’

Pastikan seksyen non-free untuk repo telah ditetapkan di dalam /etc/apt/sources.list seperti di bawah

deb http://ftp.us.debian.org/debian squeeze main contrib non-free

Pasang pakej-pakej yang diperlukan

aptitude update
aptitude install fglrx-control fglrx-driver

Untuk tetapan minima, cipta fail xorg.conf didalam direktori utama anda ($HOME/xorg.conf) dengan kandungan seperti berikut

[code=”plain”]
Section “Device”
Identifier “ATI”
Driver “fglrx”
EndSection

Section “Screen”
Identifier “Default Screen”
DefaultDepth 24
EndSection
[/code]

Untuk mencipta tetapan automatik, guna arahan berikut sebagai pengguna root

aticonfig --initial

But semula komputer dan pilih masuk ke recovery mode

Namakan semula xorg.conf (jika ada)

mv /etc/X11/xorg.conf /etc/X11/xorg.conf-lama

Salin xorg.conf yang kita telah cipta sebentar tadi ke /etc/X11

cp /home/nama-pengguna-anda/xorg.conf /etc/X11

But semula komputer

reboot

Sumber:

http://wiki.debian.org/ATIProprietary#Squeeze

Categories
pemacu

Memasang pemacu video ATI atau NVIDIA cara malas

Muaturun skrip sgfxi sebagai pengguna root. Pastikan X telah dimatikan terlebih dahulu ( /etc/init.d/gdm3 stop )

cd /usr/local/bin
wget -Nc smxi.org/sgfxi
chmod +x sgfxi

Mulakan memasang pemacu video anda

sgfxi

Categories
internet perisian

Membolehkan penggunaan pemalam Java untuk Iceweasel

Untuk membolehkan pelungsur web Iceweasel memapar/memainkan aplet java, kita terlebih dahulu mestilah memasang pemalam yang sesuai. Contoh pada Debian Squeeze 64-bit

Versi java yang saya gunakan (versi yang datang sekali dengan pemasangan Debian Squeeze)
java -version

Output arahan

java version “1.6.0_18”
OpenJDK Runtime Environment (IcedTea6 1.8.2) (6b18-1.8.2-4)
OpenJDK 64-Bit Server VM (build 16.0-b13, mixed mode)

Pasang pemalam java
aptitude install icedtea6-plugin

Kemudian anda akan diminta untuk memulakan semula Iceweasel (jika sedang menggunakannya). Klik OK

Sepatutnya bila anda pergi ke about:plugins, anda akan dapat melihat yang pemalam java telah boleh digunakan

Apabila anda pergi ke http://www.java.com/en/download/help/testvm.xml untuk menguji pemalam java, anda sepatutnya nampak seperti berikut

Categories
perisian rangkaian

Pelayan Fax (fax digital) dengan Debian Lenny

Saya mengandaikan anda menggunakan Debian 32-bit

Teknik ini akan membolehkan anda menghantar faks dari komputer dengan menggunakan fail digital (cth: pdf) tanpa menggunakan mesin faks

Pasang modem ARTNET dengan chipset V1456VQE pada komputer

Mulakan sistem Debian anda

Uji dengan minicom dengan tetapan berikut:

Serial Device: /dev/ttyS0 (boleh dipastikan dengan arahan dmesg | grep tty)
Bps/Par/Bits: 115200 8N1

Kemudian pilih Save as dfl

Kalau berjaya, OK akan tertera


Install Hylafax 6

Export kunci gpg repo http://code.highrise.ca/ sebagai pengguna root

gpg --recv-key CC4D3D27
gpg --export --armour CC4D3D27 | sudo apt-key add -

Tambah repo code.highrise.ca ke dalam /etc/apt/sources.list (untuk mendapatkan kemaskini perisian)

deb http://code.highrise.ca/apt/ lenny hf-6.0

Kemaskini senarai pakej

aptitude update

Pergi ke http://code.highrise.ca/apt/build/debian-lenny-i386/hf-6.0/

Muaturun hylafax-client_6.0.5_i386.deb & hylafax-server_6.0.5_i386.deb (atau yang lebih baharu)

Pasang kedua-dua pakej tadi

dpkg -i hylafax-client_6.0.5_i386.deb
dpkg -i hylafax-server_6.0.5_i386.deb

Buat skrip /usr/sbin/start-hylafax dengan kandungan seperti dibawah

[code lang=’bash’]#!/bin/bash
/etc/init.d/hylafax stop
cp -a /var/spool/hylafax/etc/* /etc/hylafax/
/etc/init.d/hylafax start[/code]

Jadikan skrip tadi executable

chmod +x /usr/sbin/start-hylafax

Tambah baris berikut ke dalam /etc/inittab

T0:23:respawn:/usr/sbin/faxgetty ttyS0

Muaturun AvantFax

Pasang AvantFax berdasarkan http://www.avantfax.com/install.php

Pasang pelayan web untuk membolehkan memuaturun fax yang dihantar dari pelungsur web pada IP/fax

aptitude install apache2
cd /var/www
ln -s /var/spool/hylafax/recvq fax

Mulakan semula servis pelayan fax

/etc/init.d/hylafax stop
start-hylafax

Sekarang sebarang fax yang dihantar ke pelayan fax anda boleh dimuaturun dari 127.0.0.1/fax (ganti 127.0.0.1 dengan alamat pelayan fax)

Sumber:
http://wiki.debian.org/HylaFax
http://code.highrise.ca/apt/
http://www.avantfax.com/install.php

Categories
internet

Tak dapat mulakan nm-applet

Jika anda dapat mesej ralat berikut semasa memulakan nm-applet dari Terminal

** (nm-applet:4083): WARNING **: nma_dbus_init(): could not acquire its service. dbus_bus_acquire_service() says: ‘Connection “:1.118” is not allowed to own the service “org.freedesktop.NetworkManagerInfo” due to security policies in the configuration file’

Anda cuma perlu masukkan pengguna yang anda logmasuk sekarang ke kumpulan netdev
usermod -a -G netdev pengguna

Semak
grep pengguna /etc/group

netdev:x:106:pengguna

Nota: nm-applet gunanya untuk memudahkan penetapan peranti rangkaian. Anda boleh pasang aplikasi ini dengan memasang pakej network-manager

Categories
internet

Pasang Pidgin terbaru pada Debian Lenny

pidgin lenny backports

Pidgin versi lalai (2.4.3) tidak menyokong protokol Yahoo! Messenger, jadi kita perlu memasang versi terbaru. Untuk itu kita perlu menggunakan backports

Tambah repo lenny-backports ke senarai repo; /etc/apt/sources.list

deb http://www.backports.org/debian lenny-backports main contrib non-free

Sebagai pengguna root, kemaskini senarai aplikasi

aptitude update

Pasang kekunci arkib untuk pengesahan pakej yang bakal dimuaturun

aptitude install debian-backports-keyring

Pasang Pidgin dari repo lenny-backports

aptitude -t lenny-backports install pidgin